Jumaat, 4 Jun 2010

KUMPULAN B

NIGERIA
Antara calon akan lolos ke pusingana kedua. Mempunyai kekuatan yg setara dgn Greece maka keputusan pertemua antara keduanya penting utk menentukan siapa yg bakal menemani Argentina. Kekuatan terletak kpd kemahiran individu beberapa pemain bintang yg beraksi di Eropah spt John Obi Mikel (Chelsea), Obafemi Martin (Wolfburg), Joseph Yobo & Yukubu Aiyegbeni (Everton), Nwanko Kanu & John Utaka (Portsmouth) dan ramai lagi. Rangkuman kekuatan individu & beraksi sebagai sebuah jentera pasti menghadir ketakutan kpd pasukan2 lain.
Prof: Prestasi semasa tidak membanggakan. Mara ke pusingan kedua sudah cukup baik tetapi beraksi di benua sendiri mampu memberi sedikit anjakan semangat.

KOREA SELATAN
Dianggap pasukan paling lemah dlm kumpulan ini walaupun pernah mara ke separuh akhir ketika menjadi tuan rumah tahun 2002. Tonggak pasukan ialah Park Ji Sung (Man Utd), Lee Chung Yong (Bolton), Ki Sung Yong (Celtic), Park Chu Young (Monaco) & Cha Do Ri serta Ahn Jung Hwan sang pemusnah Itali dlm 2002. Apapun, prestasi Korea Selatan pasti akan dibandingkan dgn pencapaian 'negara sedarah' Korea Utara. Mereka tentu bermain bermati-matian agar tidak diatasi oleh negara komunis itu.
Prof: Mengikut prestasi semasa Korea Selatan adalah yg terlemah. Hanya bergantung kpd nasib & semangat juang yg tinggi.

GREECE
Bekas juara Eropah 2004 ini merupakan sebuah pasukan yg bermain corak membosankan pernah dilihat. Otto Rehaggel yg menerajui pasukan sejak sekian lama sudah masak & lali dgn label sedemikian. Kelebihan Greece sudah pasti kpd formula yg bakal diguna pakai oleh Rehaggel sebagaimana mereka menumpaskan lain2 pasukan gergasi spt Portugal, Sepanyol & Jerman. Antara bintang mereka ialah Sotiris Kyrgiakos (Liverpool), Evangeloi Moras (Bologna), Angelos Christeas (Nuremberg), Theofanis Gekas (Hertha Berlin) & Giorgos Samaras. Merupakan salah satu calon utk mengiringi Argentina ke pusingan kedua.
Prof: Boleh mara hingga ke pusingan kedua bergantung kpd keputusan pertemuan dgn Nigeria.

ARGENTINA
Pasukan favourite utk menjuarai kumpulan dan juara edisi Piala Dunia 2010. Memiliki barisan paling mantap dgn bimbingan lagenda dunia Diego Maradona. Nicolas Burdiso, Martin Demichelis, Walter Samuel & Gabriel Heinze (pertahanan), Javier Mascherano, Juan Sebastian Veron, Mario Bolatti & Lionel Messi (midfield) dan Sergio Aguero, Diego Milito, Martin Palermo, Carlos Tevez & Gonzalo Higuain (penyerang) adalah antara pemain2 berkualiti yg akan dipilih oleh Maradona utk kesebelasan utama. Segalanya bergantung kpd kepintaran Maradona utk meletakkan pemain2 berkenaan di posisi paling sesuai & serasi bermain sebagai sebuah pasukan. Jika mereka berada di puncak prestasi tidak mustahil Argentina bakal bergelar juara.
Prof: Mudah utk menjuara kumpulan & boleh mara hingga ke perlawanan akhir jika nasib menyebelahi mereka.

Tiada ulasan: