Jepun pula mlm tadi menjinakkan 'Singa Afrika' Cameroon 1-0, satu sejarah buat mereka kerana sebelum ini Jepun belum pernah menang mana2 perlawanan pembukaan Piala Dunia di luar dari bumi 'Negara Matahari Terbit' itu. Skuad yg juga digelar 'Pahlawan Samurai' itu menunjukkan corak & disiplim permain yg cukup berkesan mlm tadi malah turut mengatasi beberapa pasukan hebat spt England & Perancis.
Korea Utara pula akan menghadapi tugas paling berat apabila berhadapan Brazil pd 16 June 2010 (02.30 pagi). Kita berharap sebuah lagi negara Korea ini akan sekurang2nya memberi tentangkan hebat kpd Dunga & anak buahnya. Jika dinilai dari persembahan Korea Selatan & Jepun ternyata mutu atau standard bola sepak di benua Asia tidak jauh ketinggalan malah tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa lebih baik berbanding sesetengah negara Eropah & Amerika Latin.
Apa yg mengecewakan sedikit adalah malang yg menimpa Australia apabila tewas terus 0-4 kpd Germany. Malah 'Socceroos' akan kehilangan khidmat tonggak mereka, Tim Cahill, utk 2 perlawanan berikutnya gara2 dilayangkan kad merah. Nasib Australia nampak kelam & jln bagi mereka penuh berliku.
Apakah maruah Asia sedang bangkit? Sama2 kita nantikan perlawanan2 berikutnya yg melibatkan mereka. Korea Selatan akan bertemu Argentina pd 17 Jun (07.30 mlm) dan Jepun pula akan berhadapan Belanda pd 19 Jun (07.30 mlm). Kita doakan kejayaan mereka demi Asia.
4-2-3-1
Formasi ini telah saya sentuh dlm siaran langsung perlawanan antara Jerman & Australia pd dinihari kelmarin. Saya melihat formasi ini adalah jawapan kpd 3 formasi 'tradisi' iaitu 4-4-2, 4-3-3 & 3-5-2. Setakat ini beberapa buah pasukan telah mengguna pakai formasi ini iaitu Germany, Belanda, Argentina, Ghana, Mexico, Itali & Australia. Germany, Belanda, Argentina & Ghana bergaya dgn meraih kemenangan. Khabarnya Brazil & Sepanyol juga akan beraksi dgn formasi ini.Secara dasarnya formasi ini diguna pakai dgn serius & berjaya oleh Marcelo Lippi tatkala membawa Itali menjuarai Piala Dunia 2006, Sepanyol juara Euro 2008, Barcelona juara Champion League 2009 & La Liga 2009 & 2010, Inter Milan juara 'treble' musim 2010 adalah antara pasukan2 lain yg selesa dgn formasi ini.
'Kunci utama' formasi 4-2-3-1 adalah 2 org pemain midfield yg berada di depan 4 pemain pertahanan & 3 pemain 'attacking midfielder'. Dua pemain ini adalah 'jentera' sebenar formasi ini dgn memikul tugas sebagai perisai kpd pertahanan & penghubung kpd bhgian serangan. Maka mempunyai dua org pemain midfield yg berkaliber adalah tugas utama pengurus atau jurulatih yg berhasrat mengadaptasi formasi 4-2-3-1 ini.
Manakala 3 pemain midfield di belakang 'lone striker' pula memainkan peranan memberi hantaran2 atau umpanan ke kotak penalti lawan utk di sudahkan. Pemain utama di bhgian ini ialah 'centre midfielder' yg berada betul2 di blkg 'lone striker' tadi. Beliau bertanggungjawab membuat umpanan ke depan, ke kiri atau ke kanan.
Paling menarik ialah melihat Germany yg sinonim dgn formasi 4-4-2 sebelum ini dan setelah tewas kpd Itali dlm separuh akhir 2006 terus mencuba berubah kpd 4-2-3-1. Hasilnya ialah kemenangan besar dgn cara paling bergaya setakat ini ke atas Australia. Dua org pemain yg menjadi jentera ialah Bastian Swenstieger & Semir Khedira.
Bagi Argentina pula tugas tersebut digalas oleh Juan Sebastian Veron & Javier Mescherano manakala Belanda memberi tanggungjawab kpd Mark van Bommel & Nigel de Jong. Kita saksikan pula siapa yg akan ditugaskan oleh Dunga utk Brazil & Vicente del Bosque utk Sepanyol nanti. Utk mengatakan formasi ini sgt sempurna atau sesuai diguna terhadap semua pasukan, adalah terlalu awal utk diakui. Kita tunggu sahaja sejauh mana prestasi pasukan2 yg menggunakan 4-2-3-1 ini dlm kempen Piala Dunia 2010 Afrika Selatan ini.
Prof: Masih terbyg di mata bagaimana Korea Selatan & Jepun selalu tewas kpd Malaysia atau Thailand dlm tahun2 70an & awal 80an. Kini mereka jauh mendahului kedua2 pasukan Asia Tenggara itu, apakah sebabnya? Saya akan berikan jawapannya sebaik selesai Piala Dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan