Isnin, 29 Mac 2010

TAHNIAH PIP - JUARA LIGA BAWA 16 TAHUN

Gambar ehsan BT.

Sekalung tahniah kpd Projek Ikan Pusu (PIP) kerana muncul juara buat kali pertama Liga Kebangsaan Bawah 16 Tahun anjuran FFBD setelah menewaskan Sekolah Sukan 1-0 dlm perlawanan akhir. Sepanjang kejohanan jelas memperlihatkan bahawa skuad yg memiliki stuktur pengurusan agak teratur (walaupun belum mencapai tahap professional) agak menonjol prestasi mereka. Semoga pengendali-pengendali akademi persendirian ini akan terus diberi sokongan oleh semua pihak terutama pihak berwajib dan swasta.

Saya tidak ingin memperkata tentang prestasi kejohanan itu dgn lebih lanjut. Apa yg ingin saya jelaskan ialah 'Tradisi Songsang' yg terus berlaku dlm senario bola sepak kitani. Lihat gambar di atas. Siapakah yg menerima piala kemenangan? Wajarkah? Tradisi dari mana ini? Berlakukah tradisi ini di luar negeri? Jawabnya, inilah 'Tradisi Songsang'!

Dlm posting saya sebelum ini sudah disentuh mengenai perkara ini. Mungkin pihak penganjur tidak memandang hal ini sebagai penting atau teguran saya itu ibarat 'mencurah air di daun keladi' atau saranan saya itu tiada nilai kerana siapalah saya. Mungkin penganjur hanya menganggap saya 'penyebok' yg tidak perlu dilayan.

Spt yg saya cakapkan tadi, saya tidak mahu mengulas panjang. Terpulang kpd pembaca menilainya, kerana alasan rasional kenapa WAJIB ketua pasukan yang menerima piala kemenangan telah saya nyatakan dlm posting sebelum ini. Cuma saya ingin pembaca yg budiman sekelian mengingat kembali peristiwa2 ini; siapa menerima Piala Dunia?, Siapa menerima kejuaraan2 liga antarabangsa spt EPL, La Liga atau Serie A? Siapa yg menerima Piala UEFA? Siapa menerima HBT? & Siapa yg mula2 menyambut Piala Malaaysia 1999?

Awda jawab sendiri!!!!!!!

Prof: Kadang2 benar kata pepatah, 'Bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut'.

Tiada ulasan: