Jumaat, 2 April 2010

ASPEK PENGUMPULAN DATA DLM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK

Dalam apa jua bentuk kehidupan, pembangunan memainkan peranan penting. Pembangunan wajib dilaksanakan utk memajukan sesebuah negara, negeri, daerah dan kampung. Begitu juga dgn cabang pekerjaan seperti ekonomi, pendidikan, kewangan, sosio-budaya dan sebagainya, aspek pembangunan begitu dominan utk mencapai matlamat. Samalah juga halnya dgn sukan. tanpa pembangunan sukan mustahil para atlit mencapai sesuatu tahap prestasi sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa.

Bola sepak khususnya, memerlukan satu sistem atau mekanisma pembangunan yg komprehensif dan kompetetif. Setiap negara wajib melaksanakan projek pembangunan mereka bagi mencapai sasaran yg telah ditetapkan. Dlm soal ini, pengumpulan data (database) amat penting dan memainkan peranan yg dominan. Tanpa data2 tertentu mustahil sesebuah akademi bola sepak akan berjaya.

Kenapa Perlu Pengumpulan Data?
Data atau maklumat (dokumentasi) perlu dlm proses mengenal pasti bakat, kelebihan & kelemahan seseorang pemain, prospek kemajuan dan cara mengatasi masalah. Data2 yg dikumpulkan juga mengandungi pelbagai maklumat peribadi pemain. Dalam bahasa mudah, pengumpulan data adalah bahan pembelajaran (latihan) utk menghadapi peperiksaan (kejohanan) dan hasilnya adalah lulus peperiksaan (menjuarai sesuatu kejohanan).

Di negara2 maju dlm bola sepak, pengumpulan data ini dilakukan sejak usia 8 atau 9 tahun lagi iaitu sejak hari pertama seseorang pemain itu memasuki sesebuah akademi bola sepak. Selanjutnya segala data mengenainya direkodkan dan disimpan secara individu atau berkumpulan sebagai bahan rujukan dan melaksanakan tindak-balas dari maklumat yg diperolehi.

(Dari data2 inilah seseorg pengurus pasukan mengenal pasti pemain pilihan mereka utk diasuh & dilatih menjadi seorg bintang yg berjaya).

Apakah Bentuk Data?
1. Biodata
2. Gambar
3. Rakaman video (individu & berkumpulan)
4. Analisa kekuatan & kelemahan
5. Rekod perubatan
6. Rumusan
7. Saranan atau tindakan lanjut

Semua maklumat di atas dicatat, direkod dan disimpan utk dianalisa oleh pakar2 yg dilantik menjadi sebuah dokumentasi penting dlm sesebuah akademi atau projek pembangunan bola sepak. Dengan adanya pendokumentasian ini matlamat utk mencapai kejayaan menjadi lebih mudah dan jarang tersasar.

Persoalannya? Adakah akademi2 bola sepak di negara ini mengumpul data pemain2 mereka? Saya tidak pasti apakah mereka membuatnya atau tidak. FFBD baru sahaja menganjurkan kejohanan Bawah 14 & 16 Tahun Kebangsaan, adalah satu langkah bijak jika FFBD telah melaksanakan pengumpulan data tersebut. Jika tidak, ianya adalah satu kesilapan & pembaziran.

Jadi, kpd pengendali akademi bola sepak dan skuad projek peringkat umur silalah melaksanakan aspek ini jika ingin maju dan setanding dgn negara2 lain. Jika tidak, akibatnya kita masih berada di takuk lama. Sekian dulu utk kali ini.

(Untuk posting akan datang saya akan memperkatakan Aspek Pakar Strategis Dlm Skuad Bola Sepak pula).

Prof: Rantau Asia Tenggara masih jauh ketinggalan dlm pembangunan bola sepak. Dlm pemerhatiaan saya, tiada sebuah negara Asean pun yg mencapai tahap separuh maju, apatah lagi maju.

Tiada ulasan: