Sabtu, 27 Mac 2010

TAKHTA EPL - ANTARA MAN UTD, CHELSEA & ARSENAL


Dgn berbaki 7 perlawanan nampaknya takhta kejuaraan EPL Musim 2009/2010 menjadi rebutan 3 buah kelab 'the big four' iaitu penyandang juara Man Utd, Chelsea & Arsenal. Ketiga2 mempunyai peluang yg sama rata dan dipisahkan hanya 1 mata antara mereka (Man Utd-69, Chelsea-68 & Arsenal-67). Sedikit kesilapan akan membawa padah.

Kita saksikan jadual perlawanan2 mereka;

MAN UTD
Bolton lwn Man Utd
Man Utd lwn Chelsea
Blackburn Rovers lwn Man Utd
Man City lwn Man Utd
Man Utd lwn Spurs
Sunderland lwn Man Utd
Man Utd lwn Stoke

- Perlawanan penentuan adalah bertemu Chelsea, Man City & Spurs. Kini sedang mantap dlm setiap perlawanan dgn Wayne Rooney berada di puncak prestasi. Jika semua ini berterusan maka Man Utd akan memintas Liverpool memiliki 19 kejuaraan utama.

CHELSEA
Chelsea lwn Aston Villa
Man Utd lwn Chelsea
Chelsea lwn Bolton
Spurs lwn Chelsea
Chelsea lwn Stoke
Liverpool lwn Chelsea
Chelsea lwn Wigan

- Keputusan perlawanan bertemu Man Utd adalah juga penentuan kpd pemilik takhta EPL musim ini. Bertemu Spurs & Liverpool juga dpt menggugat harapan Carlo Ancelotti utk menjadi pengurus Itali pertama menjuarai EPL. Prestasi semasa pemain2nya turun-naik/yo-yo, inilah yg membimbangkan para peminatnya.

ARSENAL
Birmingham lwn Arsenal
Arsenal lwn Wolves
Spurs lwn Arsenal
Wigan lwn Arsenal
Arsenal lwn Man City
Blackburn Rovers lwn Arsenal
Arsenal lwn Fulham

- Sama spt Man Utd, Arsenal sdg menikmati prestasi baik dlm setiap perlawanan tambahan pula kembalinya Robie van Persie akan menambah sengat Arsenal menyudahkan kempen EPL mereka. Jika Man Utd atau Chelsea tercicir satu perlawanan maka Arsenal pasti dimahkota sebagai juara EPL musim ini. Lawan sukar 'di atas kertas' bagi anak buah Arsene Wenger ialah Spurs & Man City.

Prof: Walaupun Sir Alex Ferguson memenangi byk kejuaraan liga berbanding lain2 pengurus di Eropah tetapi saya lebih mengiktiraf Jose Murinho sebagai pengurus terbaik setakat ini. 'The Special One' menjulang mahkota liga di Portugal, England & Itali, sesuatu yg belum dicapai oleh Sir Alex.

Tiada ulasan: