Isnin, 15 Mac 2010

SEJENAK BERSAMA SANDI SEJDINOVSKI

SIAPA SANDI SEJDINOVSKI?

Pemegang Lesen A Kejurulatihan UEFA, berasal dari Slovenia dan berusia 47 tahun. Pernah berkhidmat dengan DPMM FC (2001) selama 8 bulan sebelum menjelajah ke beberapa negara sebagai jurulatih pembangunan (development coach) spt Australia, Iran dan Arab Saudi. Di negaranya sendiri, Sandi pernah menjadi jurulatih Akademi Juventus selama beberapa tahun. Tugasan terakhir beliau ialah sebagai jurulatih pembangunan di Arab Saudi bersama kelab Al Shabab FC, Riyadh.

Saya telah berkesempatan bersembang2 dgn Sandi pagi tadi di salah sebuah restoran di Berakas, Bandar Seri Begawan dgn ditemani oleh Pg Serfuddin Pg Hj Md Salleh. Walaupun dlm situasi agak tergesa2 namun byk juga perkara2 yg menyentuh bola sepak telah kami perbualkan. Terima kasih diucapkan kpd sahabat yg telah berusaha menemukan saya dgn Sandi.

Berikut adalah ringkasan pendapat beliau mengenai pelbagai perkara dlm bola sepak;

PEMBANGUNAN
- Perkara yg wajib dilakukan oleh setiap negara.
- Jika di Eropah projek pembangunan biasanya bermula seawal usia 6 tahun lagi tetapi bagi Sandi usia yg ideal ialah 9 tahun.
- Di samping mempunyai program pembangunan, menyediakan kemudahan2 spt asrama, tenaga kejurulatihan yg berkualiti, gelanggang, jim dan sebagainya juga mustahak.
- Jika ibu-bapa 'tersepit' antara pendidikan akademik dan sukan, yg mana mesti diutamakan; nasihat Sandi ialah, "Biarkan mereka terus bersukan & belajar. Jika pencapaian akademik mereka menurun maka berikan 'hukuman' tidak boleh bersukan, dgn itu mereka akan menumpukan kpd pelajaran kerana tidak mahu terlepas bersukan'.
- Kpd ibu-bapa yg terlalu ghairah memberi sokongan kpd anak2, ada kalanya sering bertindak di luar batasan tatkala anak2 mereka beraksi, Sandi menyeru agar bertenang & biarkan anak2 mereka 'enjoy' dgn permainan mereka.
PEMBANGUNAN DI ASIA
- Masih belum mencapai tahap memuaskan malah ada negara yg langsung tiada program pembangunan. China, Jepun dan Korea mempunyai program pembangunan bola sepak yg teratur & professional. Namun berpendapat Iran memiliki pemain2 yg berpotensi kerana keadaan fizikal mereka yg lebih tegap dari orang Eropah namun negara itu tidak mempunyai fasiliti yg baik.
- Negara2 Asia perlu lebih banyak program2 pembangunan berupa akademi2 bola sepak yg disokong oleh kelab2 ternama dunia.
- Bangga dgn Brunei DS yg sudah memiliki Sekolah Sukan & beberapa akademi bola sepak. Akan tetapi Sandi berharap agar akan ada kesinambungan kpd program2 tersebut.
KAMELUT BOLA SEPAK BRUNEI
- Berasa amat sedih dan berharap masalah ini tidak selamanya membelenggu dan cepat2 dpt diselesaikan demi kemajuan bola sepak.
- Spt jua pemerhati2 bola sepak, krisis ini sebenarnya memberi kesempatan kpd peneraju bola sepak di negara ini utk memulakan sesuatu dari mula (refresh) & berjln pd landasan yg betul.

PESANAN
'Memang mudah utk membuat sesuatu program tetapi tidak mudah utk mengikuti apa yg tercatat/terkandung di dlm program tersebut'

Prof: Sejak dulu sentiasa tidak melepaskan peluang utk 'sembang' bersama personaliti bola sepak walau berjam2 lamanya. Menambah pengalaman.

Tiada ulasan: