Dlm mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FIFA di Zurich, Switzerland pd 19 Mac 2010 lalu, telah memberikan peringatan terakhir kpd Brunei Darussalam agar mengiktiraf kembali BAFA, jika tidak maka BAFA akan disingkirkan terus menjadi ahli FIFA setelah digantung keahliannya pd Sept 2009 lalu.
Menurut jawatankuasa FIFA itu lagi, mereka telah memberi beberapa 'road map' (kaedah penyelesaian) agar BAFA diiktiraf kembali menjadi sebuah pertubuhan yg sah, bagaimanapun mereka tidak melihat perkembangan positif mengenainya. Maka mesyuarat jawatankuasa itu yg akan diadakan pd 9 & 10 Jun 2010 di Afrika Selatan akan mengambil keputusan utk membatalkan keahlian BAFA di dlm badan induk bola sepak dunia itu.
Itulah kenyataannya setakat ini. Semua komuniti bola sepak (stake holders) di Brunei DS telah cukup terseksa dan 'menangis' sejak dua tahun kebelakangan ini. Malah teman2 saya di kalangan aktivis bola sepak dari seluruh dunia turut berasa sedih dan terkilan atas apa yg berlaku. Kesemua mereka mengharapkan masalah ini akan dapat diselesaikan dgn cepat demi kemajuan bola sepak itu sendiri.
Rasanya telah banyak yg saya perkatakan mengenai masalah ini dan tidak perlu utk mengulang sekali lagi ataupun menjadi 'piring hitam rosak'. Masing2 yg terlibat telah mengerti di mana duduk perkara sebenar dan apakah jalan penyelesaiannya. Yang penting di sini ialah, apakah kita ada 'kekuatan luar biasa' utk mengatasinya? Kita tunggu dan lihat sambil berdoa kehadrat Allah swt agar menunjukkan jalan terbaik bagi kita. Mudah-mudahan, Aminnn.
Sebelum saya mengundur diri, sila kita renung dan tafsir perlembagaan FIFA ini;
Article 15 Expulsion.
1. The Congress may expel a Member,
(c) if it loses the status of an association representing Association of Football in its country.
Prof: Tetapi FIFA mempunyai pandangan berbeza. Namun saya tahu apa masalah sebenarnya & siapa 'biang kerok'nya. Jika ada kesempatan nanti, saya akan membuat sebuah buku mengenai hal ini kerana ianya tidak pernah berlaku kpd mana2 ahli FIFA, agar menjadi pedoman kpd generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan