Selasa, 12 Januari 2010

TRADISI SONGSANG PERLU DIHAPUSKAN!


'Tradisi Songsang' - gambar ehsan BT

Jika melihat sekali imbas gambar di atas ianya tidak menimbulkan persoalan apa2. Cuma gambar biasa. Tetapi jika kita selidiki secara mendalam dari peristiwa gambar tersebut maka lantas menimbulkan persoalan yg sangat serius. Mungkin pembaca masih belum mengerti pokok persoalannya. Biar saya terangkan satu persatu utk kefahaman kita bersama & utk kebaikan bola sepak kita di masa depan.

Gambar tersebut menunjukkan salah seorg pegawai kelab menerima piala setelah kelabnya memenangi kejuaraan. Soalnya....apakah layak atau memang itu diamalkan oleh peringkat antarabangsa, seorg pegawai yg menerima piala kemenangan? Pernahkah kita melihat pengurus atau pegawai lain yg menerima piala dlm mana2 kejohanan antarabangsa? Piala Dunia, Piala Eropah, Piala Asia, Piala Suzuki, Piala Malaysia, Piala Liga (S League baru2 ini), pernahkah? Jawabnya TIDAK!!!!!

Suka saya mengimbas satu peristiwa yg berlaku di luar negara. Tidak lama dahulu (2007 barangkali), sebuah skuad kebangsaan telah bertanding di kejohanan peringkat Asean & memenangi satu piala. Pihak pengajur telah mengarahkan ketua pasukan utk mengambil piala tersebut & bersedia dgn pakaian yg sesuai. Namun sejurus majlis penyampaian hadiah bermula, pengurus pasukan mengambil keputusan agar beliau yg mengambil hadiah tersebut. Tiba saat yg dinanti2kan pengurus pasukan tersebut telah disekat oleh pihak penganjur utk mengambil piala, hanya ketua pasukan yg dibenarkan maka terpaksalah ketua pasukan yg hanya memakai selipar & t shirt (kerana tidak bersedia) mengambilnya lalu ditegur oleh pihak penganjur. Ianya amat memalukan.

Perkara di atas terjadi kerana kita membawa 'tradisi songsang' itu dari negara kita ke peringkat antarabangsa, akhirnya nama negara yg mendpt malu. Patutkah tradisi ini diteruskan? Jawabnya, TIDAK!!!!

Sejak bermulanya B League saya melihat 'tradisi songsang' ini berterusan hinggalah mutakhir dlm kejohanan minggu lalu. 'Tradisi songsang' ini bukan shj tidak dipraktikkan di peringkat antarabangsa malah ianya akan menimbulkan satu natijah atau kesan psikologi kpd pemain2. Motivasi kpd para pemain2 yg berpenat-lelah di dlm padang sememangnya diberi penghormatan utk menjulang piala kejuaraan seorg demi seorg di atas pentas (bermula dgn ketua pasukan).

Apatah lagi jika kejohanan itu adalah kejohanan utk kanak2. Mereka akan berasa bangga & merasa dihargai apabila menerima piala tersebut. Gambar kenangan itu akan menjadi pembakar semangat kpdnya utk bermain & berlatih lebih gigih utk mencapai kejayaan2 yg lain pula. Malah jika pemain itu bersara kelak, gambar kemenangan itu menjadi ristaan pula kpd anak cucu mereka nanti. Bagi para pegawai & pengurus pasukan, menerima piala kejuaraan bukan 'hak' kamu. Ianya adalah 'hak mutlak' ketua pasukan, itulah 'Tradisi Mutlak' yg diguna pakai dlm sukan bola sepak sejak ratusan tahun lalu.

Puluhan perlawanan akhir baik di Malaysia, Singapura & peringkat antarabangsa telah saya hadiri namun belum pernah saya menyaksikan seorg pengurus pasukan atau pegawai lain menerima piala kemenangan. Kalau adapun mereka menjulangnya setelah bersama pemain2. Apakah rasionalnya sehingga 'tradisi songsang' itu dikekalkan malah dipraktik saya pun tak tahu. Jika kita ingin bertanding di peringkat antarabangsa maka ikutlah cara mereka.

Mungkin ada yg memberi alasan telah menjadi budaya kitani menghormati org tua atau pengurus dlm kontek ini. Tetapi ini adalah bola sepak. Dlm perlawanan akhir hormat & sanjungan adalah kpd pemain2, didahului oleh ketua pasukan mereka paling berhak utk mendpt penghormatan & pengiktirafan. Diharap pihak2 yg terlibat memahami persoalan 'tradisi songsang' ini.

Pihak penganjur terutamanya FFBD hendaklah menghentikan 'tradisi songsang' ini serta-merta. Lihat kpd ketegasan pihak penganjur antarabangsa yg menyekat pengurus pasukan kita utk menerima piala beberapa tahun lalu. FFBD boleh melakukannya demi memperbetulkan 'tradisi songsang' itu kerana ianya tidak sehaluan dgn apa yg dipraktikkan di peringkat antarabangsa.

Prof: Sudah melihatnya bertahun2 baru kini berani & ada ruang utk membuat teguran. Bekas jurulatih import DPMM FC pun beberapa kali menyuarakan kehairanannya kpd 'tradisi songsang' ini. Pikir-pikirkanlah.

Tiada ulasan: