Ahad, 10 Januari 2010

AKADEMI BOLASEPAK OLEH KELAB SABAH FC

















Kelab Sabah FC, sebuah kelab bola sepak yg baru ditubuhkan tidak menunggu lama utk mengorak langkah menjalankan aktiviti pembangunan. Bermula pd 23-26 Nov. 2009 lalu, Kelab Sabah FC telah menubuhkan akademi bola sepak mereka sendiri & akan berterusan dlm tahun 2010 ini nanti.

Akademi bola sepak tersebut adalah terbuka kpd semua kanak2 di seluruh negeri Sabah yg berumur dari 8 hingga 18 tahun. Sejak mula dijalankan akademi tersebut menjadikan Komplek Sukan Penampang dan Tuaran sebagai tempat latihan. Setakat ini lebih dari 100 org kanak2 telah menyertai akademi yg dikendalikan oleh ketua jurulatih Stanley Chew yg juga bekas jurulatih Sabah serta salah seorg panel kejurulatihan FAM & dibantu oleh Edwin Joniji & Terrence Majanggon.

Selain menjalani latihan setiap minggu, pemain2 berbakat itu nanti akan diberi kesempatan utk menyertai beberapa kejohanan peringkat umur yg dianjurkan oleh pelbagai pihak umpamanya Piala FIGO Borneo 2010 Bawah 12 & 16 Tahun. Memang itulah juga tujuan akademi ini ditubuhkan iaitu mencungkil bakat2 baru & memberi pendedahan secukupnya sebagai pelapis kpd pemain2 senior yg sedia ada.

Presiden Kelab Sabah FC ialah YB Senator Maijol Mahap & dgn tenaga pengendali spt Stanley Chew yg berpengalaman itu, tidak hairanlah jika akademi ini suatu hari nanti akan mampu mencungkil pemain2 handalan dari Sabah spt bintang2 veteran mereka; Hassan Sani, James Wong, Peter Rajah, Razali Zinin, Matlan Marjan dan ramai lagi.

Kiriman Rainold J Mokujin

Tiada ulasan: