Isnin, 25 Januari 2010

BALASUNGKAWA BUAT AL-MARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM


Al-Marhum Al-Mutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar telah memerintah Johor Darul Takzim selama 29 tahun (1981-2010).

Pada pukul 7.15 malam, 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah dalam usia 77 tahun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Johor Darul Takzim, Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat dan telah dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. Berikutan itu, anakanda sulung Al-Marhum, Tengku Mahkota Ibrahim Ismail telah diangkat utk mengantikan Al-Marhum ayahandanya sebagai Sultan Johor Darul Takzim.

Sebagai makhluk Allah yg dilahirkan di bumi negeri Johor sudah tentu merasa sedih atas kemangkatan baginda. Banyak kenangan pahit-manis telah dikongsi bersama rakyat jelata selama hampir 3 dekad Al-Marhum baginda memerintah negeri. Sesungguhnya pemergian Al-Marhum baginda merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bersama pembaca blog ini kenangan bersama Al-Marhum baginda tatkala perlawanan akhir Piala Malaysia 1985 antara Johor dan Wilayah Persekutuan (KL) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Saya ketika itu bertugas sebagai photo journalist untuk akhbar Harian Nasional dan telah ditugaskan utk membuat liputan perlawanan akhir tersebut.

Perasaan berdebar2, cemas dan tidak keruan bercampur-baur ketika itu. Apakah negeri kelahiran saya mampu mencipta sejarah utk menjadi juara Piala Malaysia buat pertama kali? Atau membiarkana skuad wargakota WP Kuala Lumpur pula yg mencipta sejarah. Perasaan itu terus hilang apabila melihat Al-Marhum baginda bersemayam megah di pentas diraja menyaksikan perlawanan dgn bersahaja sambil sesekali menghirup kopi o tanpa gula kegemaran Al-Marhum.

Bola mata saya tertumpu kpd lensa kamera utk merakamkan aksi2 menarik & mendebarkan perlawanan akhir itu. Sesekali tidak lupa memandang pentas diraja dan itu membuatkan hati saya tenteram serta yakin bahawa Johor akan muncul juara. Memang benar, di akhir perlawanan Johor telah berjaya memenangi Piala Malaysia buat pertama kalinya setelah menewaskan WP KL 2-0.

Khalid Shahdan (kiri) salah seorg pemain Johor yg menjuarai Piala Malaysia 1985.

Melihat dan merakamkan gambar Kamaruddin Ahmad (ketua pasukan Johor) menerima Piala Malaysia dari Al-Marhum baginda yg pd ketika itu adalah KDYMM Yang Di-Pertuan Agong adalah satu saat yg sangat manis & indah sekali. Bangga menjadi rakyat Johor Darul Takzim yg baru shj dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia dan paling indah Piala Malaysia diterima dari Sultan Johor sendiri.

Al-Marhum baginda yg terkenal sebagai seorg sultan yg sangat rapat dgn rakyat & kadang2 tidak menghiraukan protokol telah memeluk & mendakap setiap pemain negeri Johor tanda kasih sayang baginda. Jauh di lubuk hati baginda, saat itu adalah saat2 yg paling membanggakan sebagai pemerintah negeri Johor Darul Takzim apabila Piala Malaysia mampu dibawa pulang ke negeri sendiri oleh wira2 sukan anak watan negeri.

Dlm perjalanan pulang saya terus dibuai kegembiraan hingga tidak dpt melelapkan mata. Saya tidak mahu peristiwa yg baru disaksikan dan dirakamkan hilang oleh tidur dan mimpi2nya. Hingga kini masih jelas dipenglihatan mata, terbayang Al-Marhum sdg berdiri bertepuk tangan di pentas diraja meraikan kejayaan anak2 negeri memenangi Piala Malaysia buat pertama kali. Sesungguhnya kerjaya sebagai seorg wartawan sungguh istimewa sekali. Wartawan bukan shj penyaksi & pencatat sejarah malah kadang-kala juga mencipta sejarah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhum baginda dan ditempatkan di sisi roh para solehin. Aminnn. Al-Fatihah.

Prof: Kesal yg teramat sgt kerana tidak menyimpan gmbr2 pd perlawanan akhir itu. Ianya menjadi hak milik akhbar & kini tidak tahu di mana gambar2 tersebut, apakah telah musnah selari dgn tutupnya akhbar Harian Nasional itu?

Tiada ulasan: