MENGKRITIK tidak bererti menentang, MEMUJI tidak semestinya menyokong, MENEGUR tidak bermaksud membenci, BERBEZA pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Sabtu, 16 Januari 2010
PENGADIL DAN PERMASALAHANNYA
Saya terpanggil utk memperkatakan permasalahan yg melingkari para pengadil bola sepak di negara ini melalui posting kali ini setelah terbaca dlm akhbar harian tentang sungutan beberapa pengurus/jurulatih kelab berkenaan mutu pengadilan para pengadil yg mengadili Liga B yg sedang berlangsung sekarang ini. Bahkan melalui rungutan & perbualan mereka turut melahirkan pendapat yg sama.
Kenapa perkara ini berlaku? Bagi saya, perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pengadil adalah perkara lumrah dlm bola sepak, waiwa beberapa pengurus terkenal pun kerap mengkritik keputusan pengadil yg tidak memihak kpd kelab2 mereka. Jika mempertikai atau tidak bersetuju bagi perkara2 kecil spt offside, bentesan yg kasar (tackle), penalti, kad kuning atau merah, itu adalah lumrah dlm bola sepak.
Namun apa yg pengadil perlu sentiasa ingat bahawa keputusan yg diambil akan memberi kesan terus kpd nasib sesebuah pasukan, corak permainan & mungkin juga keputusan mereka itu akan menjadi sejarah! Jadi mereka mesti mempunyai pertimbangan yg adil, pantas, tegas & tepat dgn dibantu oleh tiga lagi individu iaitu 2 org penjaga garisan & pegawai keempat (fourth official).
Jika pengadil terlalu berlembut (sering memberi 'advantage') mengakibatkan permainan menjadi tegang atau jika terlalu tegas (kerap meniup wisel kerana kesalahan kecil) akan menjadikan permainan itu membosankan (tidak 'flow') akhirnya penonton menjadi bosan. Oleh itu seseorang pengadil mestilah pandai menyesuaikan keadaan antara mengawal permainan mengikut 'Law of the Game' dan keindahan bola sepak itu sendiri.
Berbalik kpd masalah pengadil dlm bola sepak tempatan. Liga B edisi terbaru bermula tahun lalu dianjurkan oleh FFBD. Apa yg saya lihat kebanyakan pengadil senior dlm Persatuan Pengadil Bolaspak Negara Brunei Darussalam (PPBNBD) teragak2 utk mengalas tugas mengadili perlawanan2 kerana mereka yg bernaung di bawah BAFA (kerana BAFA masih diiktiraf oleh FIFA-sebelum dibatalkan pendaftaran). Maka perlawanan2 Liga B hanya diadili oleh pengadil2 yg bersetuju utk mengadili dlm perlawanan2 anjuran FFBD.
PERLUKAH PERSATUAN PENGADIL?
Bagi saya, dari pengalaman yg pernah dilalui, sukar utk mengkategorikan mana2 pengadil mengikut lesen yg mereka miliki kerana kesemua mereka memperlihatkan mutu yg hampir sama. Apa yg ingin saya sentuh di sini ialah mengenai wujudnya 'persatuan pengadil'. Hanya di Brunei DS wujudnya 'persatuan pengadil' kerana di negara2 lain tidak terdapat persatuan sedemikian - maafkan saya jika terlepas pandang jika ada negara yg mempunyai persatuan pengadilnya sendiri.
Bukan itu sahaja, terdapat juga persatuan pengadil futsal & persatuan pengadil daerah2. Sedangkan pengadil strukturnya bersifat jawatankuasa/committee dlm sesebuah badan induk bola sepak di setiap negara (begitu juga dlm FIFA). Jelas sekali dlm hal ini kita tidak mengikut amalan atau standard antarabangsa. Tidak salah menubuhkan sebuah persatuan kerana ianya sah di sisi undang2 negara akan tetapi tidak selari dgn perkembangan antarabangsa (mungkin mereka ada sebab tersendiri yg tidak diketahui membuatkan para pengadil menubuhkan persatuan waktu itu).
Apa yg diamalkan oleh antarabangsa (dgn meletakkan pengadil sebagai jawatankuasa/committee) adalah dgn hasrat utk mengawal selia agar selari dgn perkembangan bola sepak semasa kerana pengadilan adalah salah satu cabang dlm sukan bola sepak, samalah juga halnya dgn futsal, beach soccer & bola sepak wanita (jgn pula nanti akan ada persatuan futsal, beach soccer & bola sepak wanita).
Untuk menjamin mutu pengadilan, mahu atau tidak, pengadilan mestilah berada di dlm badan induk sebagai jawatankuasa/committee. Jika selesai permasalahan bola sepak negara ini nanti, diharap pihak badan induk (FFBD atau apakah namanya nanti) hendaklah menyelesaikan isu pengadilan ini jika tidak bola sepak kita akan terus jadi celaru.
Sebagai renungan kita semua, sila fahami salah satu fasal yg menyentuh secara terus mengenai pengadil dlm perlembagaan FIFA di bawah ini;
Article 13 - Members' Obligators
1 (e) to create a Referees committee that is directly sub ordinate to the Member.
Pro: Dlm kesempatan lain saya akan menceritakan pengalaman mengenai pengadil di Brunei DS yg pernah sayaa lalui.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan