MESIR BERTEMU GHANA, BAKAL CIPTA SEJARAH
Mesir, walaupun gagal ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, namun mampu melupakan kepahitan itu apabila membelasah Algeria (lawan yg menumpaskan mereka dlm perlawanan play-off) 4-0 pd separuh akhir. Lawan Mesir pula ialah Ghana 'The Black Star' yg membenam hasrat Nigeria 1-0 hasil jaringan Asamoah Gyan.
Jika Mesir berjaya dlm perlawanan akhir yg akan berlangsung pd Ahad ini di Luanda, maka negara Piramid itu akan mencipta sejarah dgn menjadi negara pertama mencipta hattrick memenangi Africa Cup of Nations setelah memenanginya dua tahun lalu di Kaherah dan pd 2006. Dlm separuh akhir itu, pemain Mesir yg beraksi di Bundesliga Jerman, Mohammed Zidan, menjadi wira apabila menyumbat 2 gol.
Pertemuan antara Mesir dan Ghana ini pasti menarik kerana mempertemukan dua negara jaguh benua Afrika. Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri terutama Ghana yg memiliki ramai pemain professional yg berpangkalan di Eropah sepeti Michael Essien, Obafemi Martin, John Obi Mikel, Yukubu Ayegbemi, John Mensah, Stephen Appiah, Obinna Nsofor dan ramai lagi.
Manakala Mesir tidak kurang hebatnya, selain memiliki Mohammed Zidan, mereka juga mempunyai Hosam Ghaly, Ahmaed Hassan dan Ahmed Hosni. Pendek kata, pertembungan antara mereka akan memadamkan kenangan pilu yg menimpa skuad Togo di awal kejohanan ini apabila bas mereka diserang hingga terpaksa menarik diri. Bola sepak pasti akan memberi khabar gembira kepada manusia sejagat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan