Jumaat, 11 Disember 2009

SUKAN SEA - AKHIRNYA THAILAND KECUNDANG


Ahmad Fakri Saarani sdg diraikan oleh rakannya sebaik menjaring gol kemenangan Malaysia pd minit ke 90.


Salah satu aksi menarik dlm perlawanan antara Malaysia (biru) & Thailand (kuning).


Penjaring gol pertama Malaysia, Nasriq Baharom.


Skuad negara tuan rumah Laos akan bertemu Malaysia dlm separuh akhir nanti.

Akhirnya 'raja bola sepak Asia Tenggara' Thailand terpaksa melepaskan 'gelaran' itu apabila tewas mengejut 1-2 kpd Malaysia dlm perlawanan terakhir Kumpulan A Sukan Sea 2009 Viantine, Laos. Thailand yg memenangi pingat emas sejak edisi 1993 terpaksa akur & pulang lebih awal kerana gagal layak ke pusingan separuh akhir. Vietnam (10 mata) & Malaysia (9 mata) layak ke separuh akhir utk kumpulan tersebut. Sementara tuan rumah Laos & Singapura yg sama2 memunggut 5 mata layak bagi Kumpulan B.

Thailand yg dilatih oleh bekas jurulatih Perak, Steve Darby, mengawal sebahagian besar permainan dan menjaringkan gol di awal separuh masa kedua (minit 52) menerusi Arthit Sunthornphit. Bagaimanapun segalanya berubah dlm sekelip mata apabila pd minit 81 Nasriq Baharom menyamakan kedudukan bagi Malaysia & selepas itu di minit2 akhir (90) giliran Akmal Fakri Saarani pula menghukum Thailand utk kemenangan tipis 2-1.

Dgn itu Laos akan bertemu Malaysia dan Vietnam pula akan menghadapi Singapura dlm perlawanan separuh akhir nanti. Bagi Malaysia inilah peluang terbaik mereka menebus segala cemuhan yg dilemparkan kpd mereka selama ini. Bagaimana pun Laos yg dihadapi nanti bukanlah lawan yg mudah kerana mereka bermain di hadapan penyokong sendiri.

Kumpulan A
Vietnam - 10
Malaysia - 9
Thailand - 7
Kemboja - 3
Timor Leste - 0

Kumpulan B
Laos - 5
Singapura - 5
Myanmar - 3
Indonesia - 1

Prof: Amat menarik perkembangan ini. Selama 7 kali Sukan Sea berlangsung (sejak 1993) Thailand tidak lepas dari mengungguli pingat emas, tetapi kini Thailand pulang tanpa kilauan apa2 pingat.

Tiada ulasan: