Selasa, 8 Disember 2009

PIALA DUNIA 2010 - RAMALAN SAYA


Jules Rimet Trophy1930 - 1970

- Dinamakan sebagai 'Jules Rimet Trophy' semepena nama Presiden FIFA Sir Jules Rimet yg berbangsa Perancis, siapa yg mencadangkan penganjuran Piala Dunia pd 1929.
- Direkabentuk oleh seniman Perancis bernama Abel Lafleur di Nice, Perancis.
- Diperbuat dari emas tulin, seberat 3.8 kg & dgn ketinggian 35 cm (14 inci).
- Pd 20 Mac 1966 (4 bulan sebelum Piala Dunia 1966 di England bermula) trofi tersebut telah dicuri sewaktu dipamer di Westminster Central Hall namun telah ditemui kembali 7 hari selepas itu tertanam di sebuah taman di Upperwood, South London oleh seekor anjing bernama 'Pickles'.
- Pd 19 Dis 1983 sekali lagi dicuri di ibu pejabat Brazil Footbal Confideration (CBF) di Rio de Janerio & tidak ditemui lagi selepas itu, dipercayai telah dilebur oleh pencuri tersebut. FIFA telah menggantikannya dgn yg baru (replika) dan diserahkan kpd Presiden Brazil pd 1984.


FIFA World Cup Trophy

- Diperbuat bagi menggantikan Jules Rimet Trophy yg disimpan terus oleh Brazil sebagai juara sebanyak 3 kali.
- Direkabentuk oleh artis berbangsa Itali bernama Silvio Gazzaniga.
- Juga diperbuat dari emas tulin, seberat 5 kg & 36.5 cm tinggi (14.4 inci).
- Ketua pasukan Jerman Barat, Franz Beckenbauer, org pertama yg menerima piala tersebut apabila Jerman Barat muncul juara edisi 1974.
- Sejak kehilangan Jules Rimet Trophy, FIFA hanya memberikan replika kpd pasukan juara utk digunakan dlm acara sambutan kemenangan & pameran.

RAMALAN SAYA UTK PIALA DUNIA 2010

Pusingan Kedua
Perancis x Nigeria
England x Ghana
Argentina x Mexico
Jerman x Slovenia
Cameroon x Paraguay
Brazil x Chile
Itali x Belanda
Sepanyol x Ivory Coast

Suku Akhir
Perancis x England
Argentina x Jerman
Cameroon x Brazil
Belanda x Ivory Coast

Separuh Akhir
England x Jerman
Brazil x Ivory Coast

Akhir
Jerman x Brazil

Juara
Jerman

Prof: Kita nantikan 6 bln dari sekarang berapa peratuskah ramalan saya tepat. Anda pula bagaimana? Berani membuat ramalan sendiri? Tepuk dada, tanya selera.

Tiada ulasan: