Jumaat, 25 Disember 2009

2009 - TAHUN DUKA NESTAPA BOLA SEPAK BRUNEI

Tahun 2009 akan melabuh tirainya beberapa hari lagi dan 2010 menjengah dgn pelbagai gegak-gempita aktiviti bola sepak antarabangsa. Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan & Suzuki Cup (Kejohanan Negara2 Asean) adalah aktiviti utama tahun depan, namun sungguh malang bagi bola sepak Brunei DS terpaksa melupakan terus penyertaan di peringkat antarabangsa gara2 digantung keahlian BAFA oleh badan induk FIFA.

Genap 10 tahun (sejak 1999 menjuarai Piala Malaysia) bola sepak Brunei mengalami peristiwa pahit & menyayat hati. Jika diibarat manusia, bola sepak kitani mati, dikafankan dan terus disemadikan. Di mana nesannya? Entah. Kita sendiri meletakkan di mana tempat yg paling sesuai. Sesungguhnya peristiwa pahit ini terpaksa kita terima dgn hati yg terbuka & dgn penuh rasa keinsafan. Perkembangan yg melanda ini sebenarnya satu rahmat kpd mereka yg mengambilnya secara positif.

Bak kata pepatah, 'bumi mana yg tidak ditimpa hujan'. Begitulah juga perkembangan bola sepak Brunei DS. Saya tidak mahu membuat ulasan mengenai perundangan & peraturan yg 'membelit' semua pihak perihal penggantungan itu. Apa yg ingin saya kemukakan di sini ialah bagaimana sikap kita. Apakah tindak-balas kita menangani perkara ini. Bertanggungjawabkah kita atas apa yg telah berlaku. Sudikah kita mengambil inisiatif utk berkorban berhabis wang ringgit, penat lelah, tenaga, keringat, air mata dan kepintaran melontar buah fikiran utk memajukan kembali & seterusnya mengangkat martabat bola sepak Brunei DS.

Sekarang bukanlah masa utk menuding jari menyalah sesiapa. Sekarang adalah masa utk kita berganding bahu, menyingsing lengan & melakukan tindakan. Sekarang adalah masa utk bekerja. Berikanlah apa saja sumbangan termampu kita utk membangun kembali bola sepak kita yg telah hancur lebur ini. Menukil kata2 negarawan Indoensia, Sukarno, 'beri saya 10 org pemuda yg sanggup mati bejuang utk tanahair, akan ku goncang dunia'.

Terlalu banyak yg perlu dikerjakan. Ianya bukan kerja seorg diri atau bebanan utk sekelompok manusia sahaja, akan tetapi ianya adalah pekerjaan semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak dlm sukan no wahid di dunia ini. Pihak berwajib yg menyediakan pra sarana, bantuan kewangan & pemudah cara; badan induk kebangsaan (tidak kira apakah namanya nanti); aktivis bola sepak di serata pelosok negara (dari peringkat sekolah hinggalah pemilik2 kelab); para pengurus & jurulatih; tenaga sokongan (pengadil & pekerja am); bekas pemain2 kebangsaan; para penaja & siapa saja yg ikhlas utk membantu, marilah kita besatu tenaga, buangkan jauh2 prasangka negatif & perbezaan pendapat yg mungkin ada. Kita bangun kembali bola sepak kita sebagaimana negara Jepun membangun kota Hiroshima & Nagasaki selepas hancur luluh oleh ledakan bom atom dlm Perang Dunia ke II.

Jika adalah insan2 yg hanya duduk meminggirkan diri tanpa mahu berbuat apa2 sedangkan mereka sebelum ini bersorak-sorai mendapat manfaat dari bola sepak Brunei DS, bagi saya mereka ini adalah seorang yg bacul, hipokrit & tidak mengenang budi. Orang2 spt ini tidak perlu ada, jika ada akan merosakkan segala2. Mereka2 spt inilah yg diibaratkan 'gunting dlm lipatan', 'sokong membawa rebah'. Sebenarnya pengalaman merekalah yg paling berguna & berharga utk membangun bola sepak kita. Jika mereka sendiri meminggir diri kerana tidak bersetuju dgn kepimpinan baru atau ada perasaan dendam, maka malapetaka akan menimpa.

Satu perkara lagi yg perlu saya ingatkan ialah jangan sekali2 terjadinya kelompok2 tertentu spt yg berlaku saat ini. Apa yg saya perhatikan sekarang ini ialah senario bola sepak kita terbahagi kpd dua kelompok (dan satu kelompok kecil yg berkecuali). Jika ianya berterusan & terjadi juga maka berani saya jangkakan, bola sepak Brunei tidak akan ke mana. Spt yg saya katakan tadi, kerja ini bukan kerja seorang atau sekelompok manusia, ianya milik semua. (Mungkin saya akan mengulas mengenai perkara ini dlm posting akan datang).

Kesepaduan & kesepakatan amat perlu dlm kita mencapai sesuatu maksud. Terlalu banyak yg perlu dibuat oleh badan induk yg baru (tidak kira apakah namanya). Kesilapan masa lalu jgn diulangi. Itu sebenarnya rahmat. Dlm erti kata lain, ianya spt buku rujukan. Apapun terpulanglah kpd insan2 yg diberi tanggungjawab utk menerajuinya nanti sama ada ingin memasyarakatkan pentadbiran & pengurusan atau ingin meminggirkan diri (menjadi terlalu ekslusif) sehingga tidak terjangkau oleh masyarakat banyak. Akhirnya kembali spt senario sebelum ini. Sekian dulu utk kali ini.

Apa yg pasti saya akan tetap membuat teguran & saranan dari masa ke semasa tanpa rasa gentar kpd sesiapa. Itu tanggungjawab saya walau di mana berada. Selamat Berjuang!!!

Prof: Dgr khabar DPMM FC sudah mula berlatih, benarkah? Kalau begitu mungkin akan ada berita baik dlm masa terdekat ini. Doaku sentiasa utk mu.

Tiada ulasan: