MENGKRITIK tidak bererti menentang, MEMUJI tidak semestinya menyokong, MENEGUR tidak bermaksud membenci, BERBEZA pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Rabu, 30 Disember 2009
KEJOHANAN VETERAN DI SABAH
PIALA MENGALLONG 2009
Pasukan himpunan bekas pemain2 negeri Sabah iaitu Hungap Veteran & Luyang Veteran telah bertemu dlm perlawanan akhir merebut Piala Mengallong 2009 pd hari Ahad lalu bertempat di Komplek Sukan Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Hungap Veteran muncul juara dgn sepakan penalti 5-4 setelah kedudukan sepenuh masa terikat 2-2.
Hungap Veteran membawa pulang piala rebutan & wang tunai RM2,500 dan Luyang Veteran pula berpuas hati utk menerima wang tunai RM1,500. Hungap Veteran dibarisi oleh Gerald Mojiliu, Shashi Panikar, Paddy Edwin, Adelaide Cornelius, Herman Limus, Ahman Omar Khan & Florian Hiew. Sementara Luyang Veteran pula berbangga memiliki bekas pemain kebangsaan Malaysia Suharmin Yusof, Yap Wai Loon, Harun Laban, Bobby Chua & Musa Hendrik.
Kejohanan itu disertai oleh 23 buah pasukan dari sekitar daerah2 Pantai Barat Sabah dan dibahagikan kpd 4 kumpulan. Hadiah2 telah disampaikan oleh YB Donald Mojuntin, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah dan turut hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Mahmood Kalong. Manakala sepak mula perlawanan akhir itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Prof: Terima kasih sekali lagi kpd sahabat baik saya di KK, Rainold J. Mokujin yg telah sudi mengirimkan berita di atas. Semoga perkembangan & aktiviti bola sepak di Sabah akan terus maju jaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan