Selasa, 22 Disember 2009

MESSI, FIFA WORLD PLAYER OF THE YEAR 2009


Lionel Messi menerima anugerah FIFA World Player of the Year 2009 drp Sepp Blatter.

Lionel Messi melengkapkan tahun 2009 dgn gemilang apabila memenangi FIFA World Player of the Year 2009 menewaskan pemenang tahun lalu Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid) dan Kaka (Brazil/Real Madrid). Sebelum ini Messi telah dipilih oleh utk memenangi anugerah Ballon d'Or bagi pemain terbaik Eropah oleh majalah bola sepak Perancis.

Untuk tahun ini sahaja Messi, 22 tahun, telah memenangi semua kejuaraan iaitu LA Liga, King Cup, Champions League & World Club Cup Sabtu lalu. Dan jika pemain midfield dari Argentina itu berjaya membantu negaranya menjuarai Piala Dunia tahun 2010 di Afrika Selatan bermakna lengkaplah trofi kejayaan bagi seorang pemain bola sepak dlm usia yg cukup muda. Sementara itu pemain Brazil, Marta telah memenangi anugerah bagi kategori wanita.

Prof: Messi bermula secara serius bermain bola sepak dlm usia 11 tahun & dlm masa 11 tahun selepas itu beliau telah mencapai pelbagai kejayaan. Sudah tentu ianya dtg dari projek pembangunan. Pembangunan kita bagaimana?

Tiada ulasan: