Khamis, 28 Mei 2009

SYABAS BARCELONA

Carles Puyol menjulang piala kejuaraan sambil diraikan oleh pemain & pegawai Barcelona.

Akhirnya impian utk mencipta rekod berjaya dikecap oleh Pep Guardiola & pemain2nya apabila membenam cabaran Man Utd 2-0 dlm perlawanan akhir Champions Leauge mlm tadi di Rom, Itali hasil jaringan cantik Samuel Eto'o & Lionel Messi. Kini hanya kelab Catalan itu shj yg mampu menjuarai tiga piala (dlm La Liga) iaitu King Cup, La Liga & Champion League.

Dgn itu hancurlah juga impian Sir Alex Ferguson utk mencipta rekod merangkul 5 piala, kini cuma berpuas hati dgn 3 kejuaraan iaitu EPL, Piala Liga & World Club Cup. Nyata pengalaman tinggi menggunung menyamai rekod Liverpool menjuarai EPL serta memiliki Pemain Terbaik Dunia (Cristiano Ronaldo) masih belum cukup utk mengunci mulut pengendali yg 30 tahun lebih muda iaitu Pep Guardiola.

Kpd pengkaji taktikal bola sepak, mereka pasti memikirkan formasi 4-3-3 yg diguna pakai oleh Barcelona, malah Inter Milan (Jose Mourinho) & Chelsea turut berjaya dgn formasi ini. Apakah selepas ini semakin byk kelab2 akan beralih kpd formasi 4-3-3? Bagi saya, ianya terpulang kpd pemain yg dimiliki oleh sesebuah pasukan. Hanya pasukan yg memiliki pemain2 berskil tinggi mampu beraksi mantap dgn formasi 4-3-3, ini kerana formasi ini membuka ruang yg agak luas di bhgian midfield, jadinya kebolehan menyimpan bola amat diperlukan, inilah kelebihan Barcelona dgn adanya Thierry Henry, Samuel Eto'o & Lionel Messi di depan dan Xavi Hernandez, Andreas Iniesta & Sergi Busquest di bhgian midfield, kesemua mereka pemain2 yg berskil tinggi.

Sementara mana2 kelab/pasukan yg memiliki ramai pemain 'kick & run' spt kelab2 EPL, hanya sesuai dgn formasi 4-4-2 (tidak kira diubah kpd 4-1-2-1-2, 4-3-2-1 atau 4-4-1-1). Itulah formasi yg diguna pakai oleh Elex Ferguson mlm tadi dan akhirnya kemenangan kpd pasukan yg mengamalkan corak menghibur. Saya kira keputusan mlm tadi sangat adil kpd peminat2 bola sepak di seluruh dunia.

Prof; suka melihat perkembangan & kemajuan taktikal formasi sejak zaman 1920an. Perkembangannya secara detail ada saya muatkan dlm DPMM FC Match Report secara bersiri.

Tiada ulasan: