Khamis, 14 Mei 2009

BAFA ATAU FFBD - REAKSI SAYA

Byk yg seolah2 memprovok saya baik melalui blog ini mahupun jika bertemu di mana2, meminta pendapat saya mengenai kamelut bola sepak Brunei Darussalam ketika ini, atau lebih tepat lagi; yg mana satu, BAFA atau FFBD? Pd peringkat awal saya cuba sedaya upaya utk mengambil sikap tunggu & lihat (wait and see) utk tidak menyinggung kedua2 pihak (BAFA atau FFBD) kerana sebhgian besar AJK mereka adalah teman2 belaka.

Akan tetapi setelah berfikir byk kali akhirnya saya mengambil langkah utk menyatakan pndgan (view) saya mengenai hal tersebut atas kapasiti sebagai seorg wartawan/penulis/pemerhati sukan bersandarkan kpd peristiwa2 lampau yg pernah saya terlibat membuat liputan (mengenai hal sebegini) baik di M'sia ataupun di peringkat antarabangsa (bukan badan bola sepak shj malah sebhgian besar bdn sukan lainnya waima FIFA). Perlu diingat bahawa ini adalah pandangan peribadi saya, tidak memihak kpd mana2 pihak & tidak terpengaruh kpd budi ataupun jasa hatta pertalian kekeluargaan.

Pertama perlu diperturunkan kembali fakta (fact) yg berlaku sekarang;
1. BAFA telah diumumkan terbatal (atau perkataan yg seumpamanya) pendaftarannya oleh pihak berwajib.
2. Tetapi ujar Mohammed bin Hammam, Presiden AFC, BAFA masih diiktiraf oleh badan induk itu & juga FIFA.
3. FFBD pula buat masa ini adalah pertubuhan yg diluluskan pendaftarannya oleh pihak berwajib & telah menjalankan pelbagai aktiviti.
4. Brunei DS menyertai kejohanan2 peringkat antarabangsa atas tiket BAFA.

Bagi saya, ibarat sebuah kapal, tidak boleh ada dua nakhoda. Samalah juga halnya dgn sukan bola sepak di negara ini atau di mana jua & dlm apa bidang sekali pun. Oleh itu satu penyelesaian dlm waktu terdekat adalah dituntut. Bagaimana? Jika utk mengambil jln pintas (memandangkan keterlibatan negara di peringkat antarabangsa) sangat penting maka BAFA mesti dihidupkan kembali. Akan tetapi sebhgian besar AJK BAFA mesti 'direhatkan' utk memberi peluang kpd muka2 baru memimpin.

Atau jika ingin mengambil jalan panjang maka menanti FFBD diterima menjadi ahli oleh AFC & seterusnya FIFA. Soalnya bila? Berapa lama masa yg diambil oleh kedua2 badan induk itu utk mengikiraf FFBD? Jika jalan ini kita ambil maka Brunei Darussalam akan terpencil dari kancah atau perkembangan bola sepak antarabangsa.

Dlm kancah bola sepak moden ini kita sangat2 memerlukan pendedahan di peringkat antarabangsa. Kita tidak mampu utk berjalan spt ini (FFBD menjaga soal domestik & BAFA di peringkat antarabangsa). Kita tidak mahu apa yg menimpa pasukan QAF FC yg mewakili negara dlm pusingan kelayakan Piala Asia lalu terjadi lagi. Pihak berwajib tidak dpt membantu BAFA menyediakan pasukan utk kejohanan antarabangsa oleh itu kita sudah jangka apa akan terjadi.

Utk kepentingan sukan bola sepak & maruah negara maka adalah lebih baik jika BAFA dpt dihidupkan. Tapi bagaimana? Wallahuallam bis sawwap.

Prof: Menyaksikan byk pergelutan dlm bdn2 sukan selama ini. Akhirnya kpd pemimpin yg berjiwa murni maka mereka akan membuat keputusan yg mengarah kpd kebaikan sukan itu sendiri & bukan dirinya.

Tiada ulasan: