Sabtu, 30 Mei 2009

DPMM FC KURANG JARINGAN

Sairol Hj Shahri mampu memberikan persembahan lebih baik jika dinilai drp prestasinya sebelum ini.

Walau apapun kamelut yg melanda senario bola sepak negara DPMM FC mesti terus memandang ke hadapan dlm penyertaan sulungnya di Liga S musim 2009 ini. Biarlah pihak2 tertentu yg menyelesaikan persoalan pokok itu kerana telah menjadi tugas mereka, sementara tugas DPMM FC ialah beraksi sebaik mungkin agar penyertaan kali ini meninggalkan kesan mendalam kpd pasukan2 lain Liga S.

Apa yg ingin saya tekankan ialah jumlah jaringan yg amat ketara tidak memuaskan. Setelah mengharungi 14 perlawanan setakat ini jaringan milik DPMM FC (16) adalah paling rendah jika dibandingkan dgn tiga lagi pasukan yg menghundi 4 posisi teratas Liga S. Gombak Utd setakat ini telah menjaringkan 30 gol, SAF FC pula meledak 38 gol (13 perlawanan) dan Tampines Rovers yg di tangga ke empat telah menjaring 20 gol.

Sementara rekod kemasukan pula agak sama antara keempat2 pasukan itu; Gombak Utd (13), SAF FC (14), DPMM FC (12) dan Tampines Rovers (11). Melalui fakta2 itu jelas memperlihatkan kpd kita bahawa ketajaman serangan DPMM FC masih berada pd tahap yg kurang memuaskan. Ditambah satu lagi fakta iaitu tiada seorang pun pemain penyerang DPMM FC yg berada dlm 10 penjaring terbanyak liga setakat ini.

Buat masa ini DPMM FC memiliki pemain import Abdel Hamid Berguiga, Oh Ddog Yi dan pemain tempatan Shahrazen Said & Abu Bakar Mahari sebagai pemain penyerang. Jangan lupa bahawa Shahrazen pernah menjadi penjaring terbanyak Liga M dgn mengumpul 22 gol bersama Keita Mandjou. Abu Bakar Mahari pula setakat ini berjaya menjaring 3 gol walaupun hanya bertindak sebagai pemain gantian. Seorang lagi pemain yg memiliki 3 gol ialah Sairol Hj Shahri.

Sekali lagi saya menyeru kpd ketua jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic & para pembantunya supaya melakukan sesuatu atau memberi nafas baru kpd corak serangan dlm perlawanan2 mendatang. Bagaimana harus memanfaatkan skil individu yg dimiliki oleh Abdel Hamed & Ddog Yi serta ketajaman, kepantasan & tandukan berbisa yg dimiliki oleh Shahrazen. Abu Bakar memiliki kelincahan & oportunis tatkala berada di depan gol lawan.

Simunic boleh memilih sama ada ingin bergantung kpd skil individu atau 'team work' dgn bantuan pemain2 midfield membuat hantaran melalui kedua2 sayap & dari bahagian tengah. Sairol & Hj Mohd Subhi sebelum ini mampu utk membuat hantaran2 silang (crossing) yg cantik utk disudahkan oleh striker. Manakala Rosmin (Kamis), Azwan (Salleh), Hardi (Bujang) dan Ivan Jerkovic pasti boleh membuat lorongan dari dlm & tengah pdg.

Terpulang kpd Simunic utk memertajamkan jentera serangan pasukan bimbingannya. Saingan selepas ini pasti lebih getir kerana pasukan2 lawan sudah dpt membaca corak permainan DPMM FC. Apatah lagi Simunic berpendapat ada konspirasi utk menjatuhkan maruah DPMM FC oleh pihak2 tertentu (melalui komen beliau dlm akhbar tempatan minggu lalu). Beliau mesti membuktikan kemampuan sebenar sebagai seorg jurulatih professional. Ini ditagih bukan shj oleh pihak pengurusan malah para peminat bola sepak tempatan. Kita lihat keputusan2 selepas ini.

Prof; Jurulatih2 lain sebelum ini telah membuktikan kewibawaan mereka dgn mengecapi beberapa kejayaan. Kini tiba giliran Simunic mencipta sesuatu.

Tiada ulasan: