Jumaat, 1 Mei 2009

JUMPA HASSAN SANI LAGI

Hassan Sani, salah seorg lagenda bola sepak Malaysia.

Nama Hassan Sani sebagai pemain bola sepak di Malaysia, Singapura mahupun Brunei Darussalam tidak perlu diperkenalkan lagi kpd pencinta bola sepak yg sebaya dgnnya. Bintang tahun 80an itu kelmarin berkunjung ke Bandar Seri Begawan atas urusan peribadi & spt biasa beliau turut menemui saya sambil borak2 minum ptg di Mall, Gadong.

Bekas rakan sepasukan Allahyarham Dato Mokhtar Dahari, James Wong, R. Arumugam, Santokh Singh & ramai lagi bintang seangkatan dgnnya itu memang seorg yg peramah, pendek kata kita tidak perlu memulakan bicara apabila bertemunya. Spt biasa Hassan akan mengeluarkan pelbagai isu utk diperbualkan dari peristiwa semasa hinggalah cerita2 nostalgia di era kehebatannya dulu.

Pemain kelahiran Labuan itu sering bertandang ke Bandar Seri Begawan menziarahi kaum keluarganya di sini. Menurut Hassan beliau pernah menetap di berek kerajaan di Gadong sewaktu zaman kanak2nya dahulu & memang jika kita tidak mengetahui beliau adalah lagenda bola sepak Malaysia, kita akan mengatakan Hassan adalah org Brunei jika mendengar loghat percakapannya. Saya akan bercerita lagi mengenai Hassan suatu hari nanti, terutama kenangan sewaktu di zaman kegemilangannya.

Prof: Bila bertemu Hassan, pasti saya terkenang zaman menjadi wartawan sukan di KL. Banyak kenangan pahit & manis dan sesungguhnya pengalaman itu adalah guru terbaik dlm hidup kita. Jadi jgn sia2kan hidup kita.

Tiada ulasan: