Isnin, 11 Mei 2009

DPMM FC LULUS UJIAN

Vjeran Simunic, Ketua Jurulatih DPMM FC.

Dgn berbekalkan 22 mata drp 11 perlawanan dan hanya kalah sekali, menduduki tangga ketiga & dibezakan hanya 2 mata dgn pendahulu & kelab di tangga kedua (24 mata) kini DPMM FC boleh mendabik dada bahawa penyertaan sulung dlm S League musim 2009 ini bukanlah semata2 pelengkap jadual atau 'main tangkap muat' tetapi sebagai pasukan terkuat atau 'title contender'.

Ketua Jurulatih dari Croatia, Vjeran Simunic, memang boleh dianggap bertuah dpt membuka mata pencabar2 lain dlm S League itu dgn rekod 10 perlawanan tanpa kalah. DPMM FC hanya tumpas mlm kelmarin 0-2 kpd Home United itupun terpaksa beraksi dgn 4 pemain tonggak yg digantung satu perlawanan (Pg Salehuddin, Rene Komar, Yusof Salleh & Sairol Hj Sahri). Jurulatih bertaraf dunia sekalipun sukar utk menyediakan barisan mantap apabila menghadapi situasi sedemikian.

Sebab itulah saya mengambil keputusan utk memberi pujian kpd beliau & para pemain DPMM FC setelah mengharungi kesemua 11 perlawanan pusingan pertama. Kini mereka bakal menghadapi 22 lagi perlawanan (pusingan kedua & ketiga) dan perjuangan sesungguhnya masih panjang serta penuh liku memandangkan kesemua pasukan yg bakal dihadapi pasti tidak mengambil remeh apabila berdepan DPMM FC lebih2 lagi jika bermain di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Tidak lengkap jika pujian saya hanya ditujukan kpd Vjeran Simunic & para pemainnya jika tidak memanjangkan sekalung tahniah kpd individu2 lain yg membawa kecemerlangan DPMM FC setakat ini. Sahabat2 saya itu ialah Pg Hj Mohd Waslimin PSJ Pg Hj Abd Momin (Pengurus), Mohd Ali Momin (P. Pengurus - the best goal scorer), Ilham Hj Jais (P. Jurulatih), Hj Zainol Ariffin aka Jon (Jurulatih Penjaga Gol), PS, Masri, Toni, G Rahman dan AJK2 lainnya.

Kita nantikan 22 perlawanan selebihnya. Apakah Simunic mampu bertahan menghadapi musim bola sepak yg panjang ini atau sebaliknya. Yang pasti pengalaman beraksi selama 3 musim dlm Liga M amat berguna sekali terutama kpd para pemain DPMM FC. Saya doakan mereka berupaya beraksi dgn lebih konsisten.

Prof: Masih belum berkesempatan melihat perlawanan2 S League di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas kerana masalah serta komitmen keluarga. Posting akan dtg saya akan mengupas 'standard' S League.

Tiada ulasan: