Poster publisiti Borneo International Seven 2009 yg dihantar oleh Scott Ollerenshaw, penganjur kejohanan.
Nampaknya tahun ini adalah masa paling sibuk kpd pemain2 veteran Brunei DS kerana sibuk memenuhi undangan kejohanan di luar negeri. Dlm bulan2 mendatang hingga hujung tahun mereka telah menerima 3 undangan iaitu dari Singapura, Sabah & Kuala Lumpur.
Kejohanan di Singapura ialah Singapore 9's Masters Invitation pd 21 & 22 Nov. 2009 yg dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Singapura (FAS). Jemputan tersebut adalah utk kejohanan 9 sepasukan dan terbuka hanya utk kategori Masters (45 tahun ke atas). Sementara pd tarikh yg sama jemputan juga diterima dari Sabah utk Borneo International Seven 2009 tetapi utk kategori Open (4o tahun ke atas) di mana Brunei Veteran adalah juara pd kejohanan pembuka tirai 2008 lalu.
Manakala Ulu Klang Recreation Club (UKRC) pula menjemput utk kejohanan UKRC International Soccer 9's pd 3 & 4 Okt. 2009 bagi kategori Open juga. Pd tahun lalu Brunei Veteran hampir menyertai kejohanan ini akan tetapi terpaksa dibatalkan di saat2 akhir kerana tarikh yg berhampiran bulan Ramadhan. Pihak pengurusan kpd pemain2 veteran Brunei akan cuba mencari dana bagi menyertai kejohanan2 yg bersesuaian.
Prof: Insya-Allah suatu hari nanti Brunei DS juga akan menganjurkan kejohanan veteran peringkat antarabangsa kerana ianya memberi manfaat secara terus kpd sektor pelancongan kita. Cuma buat masa ini ada sedikit masalah dasar yg menghalang perkara itu diungkayahkan. Tunggu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan