Khamis, 27 Ogos 2009

SENTUH RAMADHAN - MOURINHO MELAMPAU

Sulley Muntari, pemain yg beragama Islam dari Ghana telah menjadi bahan kritikan pengurusnya Jose Mourinho kerana berpuasa.

Hujung minggu lalu, pengurus pasukan Inter Milan Jose Mourinho telah membuat satu ulasan yg saya kira agak melampau & jauh tersasar dlm sejarah hidupnya dgn menjadikan punca kekalahan atau merosotnya prestasi sebilangan pemain2nya terutama yg beragama Islam kerana mereka menunaikan ibdah puasa Ramadhan. Dlm perlawanan pembukaan Sirie A itu Inter hanya sekadar sri 1-1 dgn kelab Bari.

Sebagai seorg pengurus yg berwibawa & ditambah lagi berkhidmat dgn sebuah kelab ternama sepatutnya personaliti Portugis itu tidak menyentuh soal agama seseorang dlm menjalankan tugasannya. Nyata Mourinho menyalahkan pemainnya yg berasal dari Ghana dan beragama Islam iaitu Sulley Muntari. Menurut beliau Muntari gagal bermain dgn sepenuh tenaga kerana sedang berpuasa.

Namun pendapat dangkal Mourinho itu lantas disangkal oleh jurulatih fizikal pemain iaitu Stefano Tirelli dgn menyatakan bahawa Muntari telah bermain dgn sepenuh tenaga spt juga pemain2 lain. Menurut beliau tindak balas kerana berpuasa di siang hari berbeza mengikut tubuh masing2 walaupun seseorg itu tidak berpuasa, jika tersalah memilih diet atau latihan fizikal maka prestasi mereka juga merosot.

Saya amat kesal dgn kenyataan Mourinho itu & begitu juga dgn pihak2 lain di Itali serta seluruh dunia kerana selama ini ramai lagi ahli sukan khususnya pemain bola sepak yg beragama Islam menunaikan ibadah puasa Ramadhan & dlm masa yg sama bermain mewakili kelab masing2 malah tidak pernah kedengaran sungutan dari mana2 pengurus hinggalah Mourinho melakukannya hujung minggu lalu.

Bekas bintang bola keranjang pasukan Houston Rockets, Hakeem Olujowoon, dikhabarkan tidak pernah meninggalkan puasa ketika bermain bola keranjang & tiada langsung kedengaran sungutan atau rungutan dari para pegawai Rockets malah mereka memberi sokongan kpd beliau & hasilnya Hakeem telah menjadi salah seorg pemain asing paling berjaya dlm NBA.

Memperkatakan soal puasa & bermain bola sepak ini saya terkenang kpd bekas jurulatih DPMM FC iaitu Buketa Ranko. Beliau banyak pengalaman menghadapi pemain2 yg berpuasa tetapi terus menjalani latihan atau mengadakan perlawanan kerana Ranko pernah bertugas di Liga UAE & Oman sebelum ke Brunei. Beliau amat menghormati sikap para pemain yg berpuasa & amat berpuas hati dgn prestasi mereka.

Saya kita Jose Mourinho aka The Special One patut memohon maaf kpd Sulley Muntari terutamanya & juga umat Islam di seluruh dunia kerana kesilapannya itu.

Prof: Terkenang sewaktu berkerja di KL. Kami akan bermain takraw di perkarangan pejabat ketika menanti waktu berbuka kerana hari2 ada individu yg bersedekah juadah buka puasa. Tak penat pon! Apala Mourinho, ketinggalan zaman.

Tiada ulasan: