Isnin, 10 Ogos 2009

TAHNIAH, PIP JUARA BAWAH 14 TAHUN

Projek Ikan Pusu (PIP) Juara Bawah 14 Tahun Kebangsaan.

Akademi Muara Vella Naib Johan Bawah 14 Tahun Kebangsaan. Gamba2 ihsan Bruneidaily.blogspot.com.

Projek Ikan Pusu (PIP) muncul juara Kejohanan Bolasepak Bawah 14 Tahun anjuran FFBD dgn menumpaskan satu lagi projek akademi bola sepak persendirian di Brunei DS iaitu Akademi Muara Vella FC melalui jaringan 2-0 dlm perlawanan akhir yg berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pd 9/8/2009 (Ahad), jam 8.00 mlm.

Sekalung tahniah kpd ketua jurulatih PIP iaitu Hj Omar Jamil & rakan2 yg lain. Juga kpd Akademi Muara Vella FC kerana mampu mendominasi kejohanan peringkat umut itu walaupun tidak diurus atau di bawah bimbingan jurulatih2 berpengalaman. Kemenangan kedua2 akademi itu menunjukkan bahawa betapa penting & perlunya projek pembangunan seumpamanya di serata pelosok negara kerana hanya dgn cara itu kita dpt mengangkat & memajukan bola sepak.

Lihat shj mana2 pasukan yg tidak berlandaskan pengurusan secara sistematik, semuanya bungkus tinggal sejarah. PIP & AMV sekurang2nya mempunyai individu yg khusus mengurus, jurulatih yg tekun (walaupun bukan terdiri dari bekas2 pemain kebangsaan atau memiliki sijil kejurulatihan yg sesuai), padang latihan yg tetap & yg paling penting adalah sokongan sumber kewangan berterusan dlm erti kata lain mereka memiliki penaja.

Kesemua ramuan asas di atas perlu ada utk membangun sukan bola sepak. Bukan hanya 'hangat2 tahi ayam' atau cadangan utk membuat pelbagai projek hanya kedengaran tatkala hampir berlakunya pemilihan j/kuasa sesuatu pertubuhan. Selepas dpt jawatan yg diidamkan semua yg dilaung2kan tenggelam ditelan masa. Mutu bola sepak kita masih di takuk lama. 'Hidup segan mati tah mahu'.
Jadinya, bola sepak memerlukan org yg benar2 ikhlas, jujur, tekun & rela berkorban utk membawanya maju ke tahap yg lebih tinggi. Kejayaan PIP & AMV adalah contoh yg hadir di depan mata. Di belakang mereka tiada nama2 besar dlm bola sepak namun mereka mampu melakukan tugas membangun bola sepak dgn jayanya. Kejayaan mereka juga merupakan satu sindirin tajam kpd mereka2 yg selama ini mendpt manfaat secara langsung dlm bola sepak.

Bak kata Liew Chuan Fue, bekas ketua pasukan kebangsaan, "Saya menolong mereka (PIP) kerana mereka ikhlas berlatih bola sepak. Hj Omar mengajar kanak2 main bola sepak, bukan mengajar perkara lain. Sebab itulah saya bersedia memberi bantuan apa yg patut sedaya yg termampu,".

Prof: Brunei DS perlu lebih banyak projek spt PIP & AMV agar melaluinya nanti muncul ramai pemain2 berbakat. Utk jadi pasukan kuat kita hanya perlu memiliki 15-17 pemain berkualiti dari 100 ribu org. Mungkinkah?

Tiada ulasan: