Rabu, 19 Ogos 2009

NOSTALGIA; FINAL PIALA M'SIA 1999, BRUNEI LWN S'WAK

Brunei Juara Piala Malaysia 1999

Rosli Liman hero Brunei dlm final Piala Malaysia 1999 dgn 2 gol emasnya.

Pemain midfield lincah yg menguasai bhg tengah Azamanuddin aka Damit Hj Gillen.

Minggu lalu veteran Kedah telah mengadakan perlawanan persahabatan antara pemain2 veteran negeri itu khususnya skuad Piala Malaysia 1988 & 1989 bertemu musuh tradisinya ketika itu Kuala Lumpur. Walaupun dlm final tahun2 tersebut dimenangi oleh skuad wargakota namun Kedah mengambil inisiatif menganjurkan perlawanan nostalgia itu demi memperingati kebangkitan Kedah selaku gergasi bolasepak Malaysia.

Lantas fikiran saya menerawang kpd beberapa cadangan yg telah saya jelmakan sejak beberapa tahun lalu kpd beberapa org pegawai tinggi BAFA agar dianjurkan perlawanan persahabatan skuad final Piala Malaysia 1999. Final tahun itu begitu bermakna sekali kerana buat pertama kalinya kedua2 pasukan final adalah dari Pulau Borneo dan buat pertama kalinya juga Piala Malaysia menyeberangi Laut China Selatan.

Tahun ini 2009, genaplah 10 tahun peristiwa itu berlalu dan semestinyalah ianya diraikan demi mengenang kegemilangan lampau disamping memberi motivasi kpd pemain2 yg ada pd masa ini serta menjalin tali silatur-Rahim antara para pegawai dan pemain kedua2 pasukan. Malang sekali nampaknya utk tahun 2009 ini mungkin tiada apa aktiviti atau acara yg bakal memperingati peristiwa bersejarah itu.

Saya mengambil sikap positif dlm hal ini. Dan melalui Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) yg bakal diluluskan pendaftarannya tidak lama lagi mungkin perlawanan tersebut akan menjadi kenyataan jikapun bukan dlm tahun 2009 ini. Lebih baik terlewat dari tiada apa2 langsung. VFA akan terus memberi tumpuan kpd kegiatan yg menjurus hal ehwal bolasepak veteran terutama mengembalikan ingatan final Piala Malaysia 1999 di Stadium Merdeka, Kuala Lumur itu.

Prof; Saya terkenang peristiwa itu. Terlalu banyak utk dicatat di sini. Yg pasti pd mlm itu kwn2 lama media di KL menanti di Rest. Yussof (nasi kandar) di atas stadium utk saya membelanja mereka spt masa2 lalu tatkala kami membuat liputan pelbagai kejohanan di sana. Sgt indah kenangan itu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus cadangan anda..saya bukan sangat mengharapkan kenangan tersebut disambut sebagai satu peristiwa yang amat bersejarah bagi negeri asal kepulauan Borneo

Penyokong setia Brunei 1998

Tanpa Nama berkata...

*bukan* cancel