Selasa, 9 Jun 2009

SAF FC 0 DPMM FC 3 - BUKAN LUCK!

Hj Mohd Subhi & Shah Razen, pasti terus beraksi cemerlang utk perlawanan seterusnya.


Saya adalah antara org yg paling lega dan gembira apabila DPMM FC berjaya menewaskan SAF FC dgn jaringan 3-0, satu keputusan yg tidak dijangka oleh pelbagai pihak di Singapura. Dari khabar2 yg saya terima pemerhati di sana menjangkakan SAF FC akan mudah membaham kekebalan kubu pertahanan DPMM FC. Namun keadaan menjadi sebaliknya, DPMM FC pula yg merobohkan benteng pertahanan SAF FC.





Nyata formasi 3-5-2 yg diamalkan oleh DPMM FC setakat ini berjaya mengekang asakan2 lawan. Pg Salehuddin, Rene Komar & Yusoff Salleh nampaknya padu mengemudi benteng pertahanan sambil dibantu oleh Ivan Jerkovic, Hj Mohd Subhi & Sairol Sahri. Sementara barisan serangan pula membuktikan mereka mampu meledak lebih banyak banyak gol.





Kini pasukan2 lain dlm Liga S & pemerhati2 yg memandang serong terhadap DPMM FC telah mendapat jawapan sebenar. Mereka terpaksa menelan luahan mereka sebelum ini dalam2. Saya begitu teruja dgn gol kedua jaringan Shah Razen kerana beliau mendapat umpanan dari Abdel Hamid. Selalunya pemain import itu akan membuat percubaan solo bila berhadapan situasi sebegitu tetapi tidak pd malam itu. Inilah yg dinamakan perkembangan positif berlaku dlm bhgian serangan DPMM FC.





Bagi saya, Abdel Hamid atau Oh Ddog Yi jika mahu lebih berkesan hendaklah mengurangkan aksi individu dan lebih kpd corak berpasukan (team work). Sudah sampai masanya memikirkan kemenangan bagi pasukan dari mencari kepuasan peribadi. Sebagai seorang pemain proffesional mereka faham benar tentang itu.





Untuk pusingan suku akhir Piala Liga saya berharap DPMM FC akan mampu beraksi dgn lebih baik dari apa yg telah mereka tunjukkan sewaktu menumpaskan SAF FC tempoh hari. Namun saya percaya mereka akan mampu melangkah lebih jauh lagi.





Prof; Dahaga melihat gol2 cantik dari penyerang2 DPMM FC spt selalu. Mungkin minggu2 mendtg ini akan terlaksana.

Tiada ulasan: