Bobby & Wardun; dua orang hero sepakan penalti sebelum perlawanan bermula.
(Gambar2 di atas dipetik dari laman web www.bolasepako.com)
Hanya ucapan syukur dan syabas yg patut diungkapkan kpd DPMM FC setelah berjaya mencipta sejarah tersendiri memenangi Piala Liga dgn mengalahkan SAF FC mlm tadi di Stadium Jalan Besar, Singapura dgn sepakan penalti 4-3. Ya....DPMM FC mencipta sejarah sebagai pasukan jemputan pertama yg berjaya memenangi kejuaraan dlm S League sejak ianya dianjurkan. Sebelum ini beberapa kelab dari Indonesia, Thailand, China, Korea & Jepun telah mencuba nasib namun kelab2 tempatan Kota Singa berjaya mempertahankannya.(Gambar2 di atas dipetik dari laman web www.bolasepako.com)
Namun malam tadi wira2 dari sebuah negara kecil di Pulau Borneo yg berada pd ranking jauh ke bawah dlm FIFA berbanding Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun & Korea Selatan, akan tetapi itu semua tidak diperdulikan. Pemain2 DPMM FC berjuang hingga peraturan terakhir FIFA (sepakan penalti) & membawa satu lagi piala dan pingat kejuaraan sejak 10 tahun lalu (kali terakhir Brunei DS menjulang Piala Malaysia pd tahun 1999).
Walaupun jurulatih SAF FC mengatakan pasukannya tidak menyenaraikan beberapa pemain sensasi iaitu Therdsak Chaiman, Mustaqim Manzur dan Ahmad Latif yg tidak berapa cergas, tetapi DPMM FC mengalami masalah jauh lebih serius kerana kehilangan tonggak pertahanan & ketua pasukan Pg Sallehuddin Pg Hj Damit, 'ayam tambatan' bahagian serangan Abdel Hamid Berguiga dan 'master in midfield' Ivan Jerkovic akibat sakit dalam perut. Jelas DPMM FC lebih berhak utk menang walaupun para pengkritik di Singapura mengatakan DPMM FC mengamalkan corak bertahan sepanjang perlawanan.
Itulah bola sepak dan mereka perlu menerima hakikatnya. Apa saja strategi perlu dipergunakan utk mencapai kemenangan. Dalam bola sepak, pasukan yg menjaringkan lebih banyak gol akan menang dan malam tadi DPMM FC menjaring lebih 1 gol dari SAF FC dlm sepakan penalti maka DPMM FC secara mutlak dimahkotakan sebagai juara. Dengan itu DPMM FC telah melangsaikan 'sebab2' kenapa mereka mesti muncul juara dlm posting saya sebelum ini.
Secara keseluruhan memang SAF FC lebih banyak menguasai bola & mencipta byk peluang menjaringkan gol, cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Para pemain DPMM FC bermain mengikut skrip bagaimana sepatutnya mereka bermain - bertahan (behind the ball) & melancarkan serangan2 balas. Syabas kpd Vjeran Simunic dgn perancangan yg sebegitu rupa, dilihat 'simple' tetapi sangat efektif. Beliau dlm keadaan terdesak akibat kehilangan tiga pemain tonggak di segenap bahagian. Apapun DPMM FC memecah & mencipta rekod dalam S League.
Dari sudut lain kemenangan DPMM FC itu bolahlah disifatkan sebagai pembuka mata kpd semua pihak yg terlibat secara langsung dlm bola sepak di Brunei DS. Walaupun dlm kamelut namun DPMM FC tetap berjuang demi sukan bola sepak & peminat mereka di Brunei DS. Apa yg pasti kamelut yg melanda membuatkan pemain & pegawai DPMM FC lebih bersemangat & teruja utk membuktikan sesuatu dan hasilnya Piala Liga jadi milik mereka. Insya-Allah selepas ini mereka akan memburu Singapore Cup dan kejuaraan liga pula. Saya & peminat akan sentiasa mendoakan kejayaan DPMM FC.
Syabas Wardun Yussof yg berjaya menyekat penalti Masahiro Fukusawa & Razaleigh Hakim, Rosmin Hj Mohd Kamis yg berjaya menyempurnakan penalti terakhir, para pemain & pegawai DPMM FC. Perjuangan masih belum selesai.
Prof; Terima kasih juga kpd Bobby kerana memberi birthday present dgn memenangi Piala Liga. Jadi kenangan indah dlm hidupku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan