MENGKRITIK tidak bererti menentang, MEMUJI tidak semestinya menyokong, MENEGUR tidak bermaksud membenci, BERBEZA pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Ahad, 28 Jun 2009
PENONTON DAN BOLA SEPAK
Sebenarnya saya masih lagi bergembira dgn kemenangan DPMM FC merampas Piala Liga S dan diikuti oleh kemenangan 3-0 ke atas Geylang Utd FC dlm kempen liga pusingan kedua. Kali ini saya ingin memperkatakan mengenai penonton dan bola sepak yg mana keduanya amat berkait rapat dlm memajukan sukan bola sepak itu.
Dalam konteks sebahagian negara Asia kehadiran penonton selalunya mencerminkan prestasi sesebuah pasukan. Jika prestasi sesebuah pasukan itu memuncak maka stadium akan dipenuhi penonton dan begitu juga sebaliknya. Melalui jumlah penonton yg ramai pasukan atau kelab memperolehi wang dari kutipan tiket & iklan serta hak siaran tv. Jadinya sesebuah pasukan mampu bertahan dgn prestasi terbaik dgn bantuan kewangan dari jumlah penonton yg membanjiri setiap kali mereka mengadakan perlawanan. Inilah senario yg berlaku dlm dunai bola sepak professional ketika ini.
Dalam sejarah bola sepak di Brunei Darussalam hal seperti itu pernah terjadi iaitu dari tahun 1995 hingga 1999. Ketika itu prestasi Brunei DS dalam Liga M agak baik (berada dlm pertengahan carta dan sekurang2nya layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia). Suasananya cukup meriah, tidak dpt digambarkan dgn kata2. Stadium akan penuh sejak dari awal lagi; ada yg membawa kain rentang bermacam slogan, bendera (kecil & besar), gendang & alat tiupan serta aksi 'mexican wave'. Semua itu tersimpan rapi dlm lipatan sejarah bola sepak Brunei DS.
Sejak menjadi wartawan di awal tahun 80an saya banyak menyaksikan prestasi turun-naik pasukan & gelagat penonton mereka. Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Kedah, Perak, Terengganu, Sarawak, Perlis, N. Sembilan & P. Pinang adalah antara pasukan yg pernah mengecapi angka lebih 30 ribu orang menonton perlawanan mereka. Akan tetapi jika pasukan2 itu tadi tidak menunjukkan prestasi baik maka penonton akan turut berkurangan. Banyak peristiwa sebagai contoh utk dicatatkan.
Contoh terbaik saya alami sendiri ialah apa yg terjadi kpd pasukan Sarawak. Saya pernah membuat liputan di Stadium Negeri Kuching ketika era kegemilangan 'Ngap Sayot' dulu (80 & 90an). Setiap kali perlawanan Liga M diadakan pasti tiket sudah habis dijual 2/3 hari sebelum perlawanan dan pernah dlm perlawanan Separuh Akhir Piala FA penonton terpaksa duduk di trek akibat terlalu ramai. Namun dua tahun yg lalu keadaannya amat berbeza sekali. Ketika saya membuat liputan perlawanan antara Sarawak & DPMM FC stadium kosong, yg ada pun tidak lebih 100 org itu pun mungkin pemegang tiket percuma atau mereka yg ingin melihat pasukan pelawat. Ini terjadi semata2 kerana prestasi merosot yg ditunjukkan oleh skuad Bumi Kenyalang itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dan apa yg berlaku dlm perlawanan antara DPMM FC & Geylang Utd FC tempoh hari amat mengecewakan saya. Kehadiran penonton yg menyaksikan juara baru Piala Liga amat mendukacitakan. Dalam erti kata lain ianya tidak menepati status juara yg disandang oleh pasukan tuan rumah. Di mana silapnya hingga terjadi sedemikian? Saya tinggalkan persoalan tersebut kpd awda utk menjawabnya.
Prof; Dlm perlwnan akhir Piala Malaysia 2008 lalu saya berada amat kerdil berada di bhgian atas sekali Stadium Nasional Bukit Jalil, sebahgian antara hampir 90 ribu penyokong Kedah dan Selangor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan