Isnin, 6 April 2009

MACHEDA, SIAPA?



Ya...mlm tadi Manchester Utd akhirnya mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Aston Villa utk merampas kembali takhta EPL dari musuh tradisinya Liverpool yg turut mencatat kemenangan tipis terhadap Fulham 1-0 24 jam sebelumnya. Federico Macheda adalah menjaring gol kemenangan Man U di saat2 akhir permainan.

Siapa Federico Macheda? Beliau adalah pemain gantian berusia 17 tahun. 17 tahun? 17 tahun sudah bermain di EPL? Bagaimana? Dan berbagai lagi persoalan dtg bertalu2. Soalnya adalah bagaimana pemain seusia beliau mampu bermain dlm sebuah liga paling kompetetif di dunia? Sejak umur berapa tahun Macheda mula bermain bola sepak? Bagaimana corak latihannya? Dan macam2 lagi hehe.

Faktanya Federico Macheda sudah menyarung jersi Man U & menjaringkan gol kemenangan. Saya ingin bertanya kpd pembaca blog ini. Di mana pemain bola sepak kita di usia 17 tahun? Kita sendiri ada jawapannya. Maksud saya ialah apakah & bagaimanakah pendekatan yg telah kita laksanakan utk melahirkan pemain bola sepak di negara ini? Apa yg telah pihak2 berkenaan pembangunan bola sepak lakukan selama ini?

Janganlah menyamakan usia Macheda. Kita ambillah usia 20 tahun. Di mana mampu kita tempatkan tahap permainan pemain bola sepak kita pada usia 20 tahun? Jawapannya ialah; masih muda & masih menimba pengalaman. Begitu jauh kita ketinggalan. Tahap matang kpd pemain kita di usia 25-28 tahun sedangkan di negara lain pemain seusia itu sudah menjangkau tahap paling berpengalaman.

Jawapan kpd semua persoalan di atas ialah proses pembangunan. Pihak2 berkenaan (berwajib ataupun persatuan sukarela) mestilah berpadu tenaga memerah keringat & buah fikiran menyediakan projek pembangunan jangka panjang. Jika hanya menubuh projek pembangunan ibarat 'melepas batuk di tangga' atau 'ada udang di sebalik batu', jawapannya adalah apa yg kita hadapi sekarang. Oleh itu suka saya menyeru semua pihak duduk semeja mencari kesepakatan utk memajukan sukan bola sepak ini. Kita mungkin berbeza pendapat & pendekatan tetapi mesti satu matlamat, 'for the good of football'.

Prof: Sedih saya melihat pasukan QAF FC dlm kempen di Sri Lanka. Sepatutnya peristiwa ini tidak boleh terjadi tetapi ianya berlaku berulang2. Bila kita mahu belajar? 

Tiada ulasan: