Rabu, 29 April 2009

BADAN INDUK - MESTI KEMBALI KPD ASAS (BHG 2)

Bilakah agaknya kita mampu memenangi Piala Dunia? Mustahil? Tidak mustahil!

Kembali kita memperkatakan tentang fungsi badan induk sesebuah persatuan sukan di sesebuah negara. Posting ini adalah lanjutan dari posting yg lalu. Senghaja saya memaparkannya secara santai & tidak terlalu ilmiah supaya mudah difahami oleh sesiapa shj yg membaca atau menjenguk blog ini.

1. Pd dasarnya sesebuah persatuan mempunyai dasar/tujuan mengapa ianya ditubuhkan. Oleh itu perlaksanaan atau kegiatan yg dijalankan wajib mengikut apa yg telah dipohonkan & seterusnya diluluskan oleh pihak berwajib. Ianyanya tidak boleh menyimpang dari perlembagaan persatuan. Umpamanya; sebuah persatuan bola sepak tidak boleh menjalankan kegiataan sepak takraw. (Dlm kes2 tertentu sesebuah persatuan boleh menjalankan usaha niaga-bisnes apabila dibenarkan oleh pihak berwajib).

2. Dari segi hirarki pentadbiran pula, sesebuah persatuan mestilah mengikut jawatan2 tertentu dlm melaksanakan tugasan. Dlm persatuan, keputusan yg diambil adalah melalui persetujuan bersama & dicapai dlm mesyuarat (bulanan, tahunan atau tergempar-mengikut perlembagaan). Keputusan bukanlah hak mutlak pemegang sesuatu jawatan sama ada presiden ataupun setiausaha.

Apa yg berlaku dlm masyarajat kita ialah perlanggaran peraturan ini. Pemegang sesuatu jawatan tertinggi selalunya mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk, berbincang & memanggil mesyuarat. Ini yg membuatkan perjalanan persatuan menjadi huru-hara, kacau-bila & kelam-kabut dan akhirnya persatuan berkubur tanpa nesan.

3. Setiap daripada mereka yg memegang jawatan yg dipilih melalui undi atau dilantik (oleh presiden menurut perlembagaan) hendaklah menjalankan tugasan mereka dgn aktif, ikhlas, jujur & berwibawa. Jika tidak mampu hendaklah meletakkan jawatan atau menolak pencalonan diperingkat awal. Jika semua pemegang jawatan menjalankan tugasan mereka tidak mustahil sesebuah persatuan itu akan berjaya mencapai matlamatnya dlm jangkamasa singkat.

Sering juga kita melihat terdpt ahli2 yg memegang jawatan tertentu 'tidur' & ini mengakibatkan beban kpd rakan2 yg memegang jawatan lain terpaksa memangku tugasannya. Sikap begini juga boleh menjahanamkan sesebuah persatuan.

4. Dan yg paling penting ialah sikap berjiwa besar, tawaduk, rendah diri, suka mendengar masalah org lain, penyabar & bermacam lagi sifat2 positif mesti ada dlm jiwa setiap individu yg bergelar pemimpin. Jika tiada sifat2 demikian dlm diri mereka maka jawabnya persatuan yg diterajuinya akan turut berkubur tanpa nesan. - bersambung

Prof: Tidak sukar utk mengurus persatuan jika mengikut tatacara yg betul. Tatapi ianya akan menjadi sukar & berbelit2 jika diurus tandbir tidak mengikut hala tuju sebenar. Contoh boleh dilihat di depan mata. 'Tepuk dada, tanya selera'.

Tiada ulasan: