Isnin, 27 April 2009

AFC PERLU KEPIMPINAN BARU



Sangat sedih sekali apabila melihat apa yg terjadi kpd badan induk bola sepak Asia iaitu AFC mutakhir ini. Semuanya gara2 perebutan kuasa antara pemimpinnya sehingga melibatkan pihak2 lain spt Olympic Counsil of Asia (OCA), FIFA & media2 di serata dunia. Kini seantero dunia sudah mengetahui duduk perkara perebutan J/Kuasa Eksekutif FIFA yg mempertandingkan Mohammad bin Hammam (penyandang merangkap Presiden AFC) dan Sheikh Salman bin Ibrahim al-Khalifa.

Spt posting saya sebelum ini mengenai perkara ini, baru saat ini kita diperlihatkan kekecohan dlm kepimpinan AFC. Dlm kepimpinan presiden2 AFC sebelum ini belum pernah berlaku 'percakaran' & perebutan kuasa yg sebegini hebat. Ianya amat memalukan & tidak baik kpd pembangunan bola sepak di benua Asia ini.

Kita memaklumi bahawa taraf bola sepak di Asia masih jauh ketinggalan berbanding benua2 lain di dunia ini. Bilangan pemain2 professional dari Asia yg beraksi di Eropah khasnya masih sedikit & begitu juga halnya dgn kehadiran pemain2 bertaraf bintang dari benua lain yg bermain dlm liga2 di Asia. Pencapaian negara2 Asia dlm Piala Dunia juga masih jauh ketinggalan (setelah Korea Selatan mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002) selepas itu wakil2 Asia terus dirundung malang.

Asia memerlukan kekukuhan dlm struktur kepimpinan AFC. Hanya dgn cara itu segala projek pembangunan dpt berjalan dgn lancar, teratur & seterusnya mencapai matlamat baik dlm jngka pendek, sederhana ataupun panjang. Masalah yg didepani oleh AFC begitu banyak maka AFC tidak boleh menghadapi krisis kepimpinan & oleh itu saya berpendapat bahawa kepimpinan AFC perlu diganti.

Saya tidak menyanggah apa yg sudah dilaksanakan oleh Mohammad bin Hammam akan tetapi kurang bersetuju dgn tindak-tanduknya akhir2 ini yg menampakkan ciri2 negatif hanya semata2 utk mengekalkan jawatan dlm FIFA itu. Seorg pemimpin mesti berjiwa besar, menerima apa shj keputusan (menang atau kalah) dgn berlapang dada, tanpa rasa dendam kesumat di jiwa. Bagi saya Hammam 'gagal' dlm tugasannya.

AFC sebenarnya terdesak utk memiliki seorg pemimpin yg dpt diterima oleh semua 46 badan gabungannya. Apapun keputusan dlm pemilihan 8 Mei depan di Kuala Lumpur tidak memberi apa2 makna positif kpd AFC. Spt ungkapan 'the damage has been done', itulah senario sebenar dlm AFC. Hakikatnya AFC perlu seorg pemimpin baru yg mampu menyatukan dua kelompok yg berpecah itu. Siapakah dia?

Prof: Masalah AFC adalah cermin kpd masalah antara BAFA & FFBD. Jadi kpd siapa2 yg terlibat hayatilah ia dgn hati yg bersih & suci. Letakkan kepentingan bola sepak di tempat teratas & kuburkan kepentingan peribadi sedlm2nya. Boleh?

Tiada ulasan: