Brunei DS pernah menjuara Piala Malaysia pd tahun 1999, begitu indah kenangan itu. Bilakah ianya akan kembali?
Khabarnya wakil FIFA akan mengunjungi Brunei DS dlm jangka waktu beberapa hari ini utk menyelesaikan kamelut yg melanda senario bola sepak saat ini. Spt yg kita semua sedia maklum tujuan kedatangan wakil FIFA tersebut adalah utk merongkai beberapa permasalahan & mungkin mencadangkan beberapa pendekatan demi kebaikan sukan bola sepak itu sendiri.
Kalau begitu saya sebagai pemerhati bebas amat mengalu-alukan langkah bijak FIFA itu. Memang itulah peranan yg sewajarnya patut dimainkan oleh sebuah badan induk iaitu membantu ahli gabungan dgn apa saja cara demi menjamin kesempurnaan aktiviti2 yg bakal dilakukan oleh ahli gabungan itu.
Saya tidak mampu utk mengulas lebih mendlm mengenai persoalan ini utk menjaga keharmonian mana2 pihak yg terlibat dlm permasalahan itu baik BAFA mahupun FFBD. Sebagai pemerhati & peminat serta penggiat bola sepak sejak sekian lama, saya berkongsi hasrat & cita2 dgn para peminat bola sepak tempatan. Apa yg kami inginkan & hasratkan adalah kemajuan bola sepak akhirnya menjelma di bumi bertuah ini.
Pertelingkahan mengenai siapa badan induk yg mutlak tidak memberi kesan positif kpd kancah bola sepak tempatan. Sebaliknya pertelingkahan itu mesti diberi titik noktah! Dlm soal ini mesti ada pihak yg terpaksa berkorban; dlm ertikata lain, ada pihak yg terpaksa melepaskan pegangan mereka terhadap sesuatu perkara maka mereka mestilah bersikap rasional & mendahulukan atau lebih mengutamakan kemajuan bola sepak itu sendiri dari kepentingan peribadi mereka. Jika ini terjadi maka saya adalah org pertama yg menghormati & menyanjung tinggi sikap mereka itu.
Siapapun yg bakal menjadi peneraju hendaknya terus melaksanakan tugas membangun bola sepak agar ianya mampu mengangkat martabat negara di kancah antarabangsa. Sudah lama benar kita (Brunei DS) tidak beraksi dlm pelbagai kejohanan antarabangsa & perkembangan ini sesungguhnya tidak sihat kpd kemajuan bola sepak. Ayuh, terus maju ke hadapan & lupakan sengketa di belakang demi sukan bola sepak yg kita minati ini. Doa saya mengiringi permesyuaratan antara wakil FIFA & pihak2 tertentu.
Prof; Kita menerima dgn hati yg terbuka & berlapang dada apa shj keputusan atau saranan yg bakal terpancul dari perbincangan2 itu nanti. Mungkinkah masih ada cahaya di hujung terowong?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan