MENGKRITIK tidak bererti menentang, MEMUJI tidak semestinya menyokong, MENEGUR tidak bermaksud membenci, BERBEZA pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Jumaat, 31 Julai 2009
BALASUNGKAWA BUAT SIR BOBBY ROBSON (1933-2009)
31 Julai 2009, bola sepak England meratapi pemergian salah seorang personaliti bola sepak terkemuka pernah dilahirkan oleh negara itu, Sir Bobby Robson sama ada sebagai pemain dan pengurus. Beliau pernah menjadi pemain Fulham FC & West Brom Albion (WBA) dan selepas itu mencebur diri dlm bidang pengurusan.
Menjadi pengurus England dari tahun 1982 higga 1990 dan menjadi antara pengurus England yg agak berjaya. Walaupun tidak memenangi sebarang kejohanan utama namun Sir Bobby mampu membawa England ke pusingan suku akhir Piala Dunia 1986 sebelum tewas 0-2 di tangan Maradona & Argentina dan separuh akhir Piala Dunia 1990 (tumpas kpd Jerman Barat dgn sepakan penalti) selepas itu meletakkan jawatan panas itu.
Beliau kemudian berpaling kpd pengurusan peringkat kelab dan berkelana ke beberapa kelab ternama Eropah antaranya ialah PSV Eindhoven, Sporting Lisbon, FC Porto & Barcelona sebelum kembali ke England menerajui Newcastle Utd utk jangkamasa singkat. Walaupun tidak sehebat mana kejayaan beliau namun nyata Sir Bobby Robson tetap dikenang hingga dianugerahkan CBE oleh Queen Elizabeth, ratu England beberapa tahun lalu.
Prof: Tabik kpd Sir Bobby atas kejayaannya menjadi pengurus kpd beberapa buah kelab di Eropah terutama Barcelona. Tidak banyak pengurus British yg mampu menjadi pengurus berjaya di pentas Eropah selain di tanahair sendiri. Seorg lagi ialah John Toshack yg pernah saya temuramah pd tahun 80an lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan