Belumpun sempat kita menerima berita jaringan-jaringan gol oleh Shahrazen Hj Mohd Said untuk kelab barunya Sporting Club de Goa dalam divisyen dua Liga Seluruh India (All India League/AIL), saya sudah menerima khabar bahawa Shahrazen sudah kembali ke Brunei. Apakah ini?
Inilah dia 'bayangan' pemain bolasepak Brunei. Apapun alasan yang diberikan oleh Shahrazen secara prinsipnya sebagai seorang pemain bolasepak professional adalah 'kurang sopan' untuk pulang atau mungkir janji secara demikian. Ibarat seorang askar yang lari dari medan pertempuran.
Mungkin kita dihidangkan dengan aksi-aksi hebat Shahrazen sewaktu beraksi untuk kelabnya DPMM FC tetapi beliau bagi saya telah gagal dalam segi mental. Jelas sekali tiada kekuatan dalaman dalam diri beliau. Jadinya kepada persatuan-persatuan sukan kebangsaan di Brunei diharap dapat menumpukan aspek ini iaitu kekuatan mental ataupun aspek psikologi.
Bagi saya, alasan-alasan yang diberikan oleh Shahrazen melalui akhbar tidak dapat diterima langsung. Alasan tersebut merupakan perkara remeh dan kebudak-budakan. Jelas Shahrazen belum bersedia secara mental untuk menjadi seorang pemain bolasepak professional di mana-mana liga pun di dunia ini.
Buat pengetahuan semua, kelab tersebut telahpun dibeli oleh kelab divisyen 1 Portugal yang memakai nama yang sama sebagai salah satu sumber mereka untuk mendapatkan pemain-pemain dari Asia (scouting talent). Maka dengan itu nampaknya Shahrazen telah terlepas peluang keemasan untuk melebarkan kerjaya professionalnya di Eropah. Jika beliau berjaya beraksi dengan baik sudah pasti akan membuka mata kelab Sporting Club de Goa dalam liga Portugal itu. Malah setiap agen yang ingin mendapatkan khidmat beliau akan menilai terlebih dahulu apa yang telah berlaku ini.
Selain Shahrazen, kelab tersebut turut memiliki dua orang lagi pemain import iaitu Emmanuel Akwnegbu (Austria) dan Boubacar Keita (Guinea). Manakala stadium mereka ialah Fastorda Stadium yang mempunyai kapasiti penonton seramai 27,300 orang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelab ini sila layari lawan web rasmi mereka di sini
Prof: Inilah hakikat yang ada dalam diri ahli sukan di Brunei. Kurang kekuatan mental. Sekolah Sukan mesti menitik beratkan aspek ini.
MENGKRITIK tidak bererti menentang, MEMUJI tidak semestinya menyokong, MENEGUR tidak bermaksud membenci, BERBEZA pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Ahad, 27 Februari 2011
Isnin, 21 Februari 2011
JAN, SELAMAT BERJUANG & SYABAS
Penyerang sensasi Brunei DS, Mohd Shahrazen Said telah mengabil langkah besar lagi bermakna serta menempa sejarah bagi bolasepak di Brunei DS apabila melengkapkan cita-cita beliau untuk bermain di liga luar negara secara professional apabila menerima tawaran untuk menyertai kelab divisyen 2 Liga India (I League), Sporting Clube de Goa (Kelab Sukan Goa).
Walaupun hanya ditawarkan bermain untuk maki musim selama 3 bulan dengan pilihan menyambung kontrak untuk musim berikutnya jika kelab tersebut berjaya naik ke divisyen 1 atau sekurang-kurangnya beliau berjaya menambat hati pengurusan kelab, langkah beliau itu mencipta sejarah bagi bolasepak Brunei DS sebagai pemain pertama dari negar ini yang bermain sepenuh masa di liga luar negara.
Gaji bukan persoalan. Apa yang penting Shahrazen diterima menjadi pemain kelab luar negara. Prestasi beliau memang hebat sewaktu bersama DPMM FC hingga menjadi penjaring terbanyak Liga M musim 2006 dengan 23 gol. Selepas itu ada beberapa pasukan Liga M mula merisik-risik untuk mendapatkan khidmat bekas pemin bawah 15 & 18 tahun Sekolah-Sekolah Asia Brunei DS itu, namun semuanya tidak berhasil atas beberapa sebab. Saya sendiri pernah dihubungi oleh wakil pasukan-pasukan yang berminat.
Kini impian pemain yang mesra dipanggil 'Jan' oleh teman-teman rapatnya itu sedang berjuang di rantau orang. Apa yang perlu beliau lakukan ialah menjadi pemain professional sejati. Tumpukan sepenuh masa kepada bolasepak; menjalani latihan, menjalin persefahaman dengan rakan sepasukan dan pengurusan serta memberi persembahan 100% dalam setiap perlawanan. Kerana dalam kancah professional perkara-perkara tersebut menjadi ukuran apabila menilai prestasi seseorang pemain.
Kita berharap juga Jan mampu menghadapi semua itu. Apatah lagi pengorbanan berjauhan dengan keluarga mungkin menjadi faktor penghalang jika beliau gagal mengatasinya. Tetapi pengorbann keluarga sendiri yang sanggup berjauhan juga harus diambil kira. Teruskan perjuangan Jan, tiada yang mustahil dalam dunia ini.
Prof: Pernah mencadangkan agar Azraai Khor Abdullah untuk mengambil Rosmin 'Bobby' Hj Mohd Khamis untuk Kedah. Malannya tidak kesampaian kerana beberapa sebab. Tak mengapa geng, lain kali lagi saya usahakan.

Selasa, 15 Februari 2011
SARANAN LAPOK DARI PRESIDEN FAM
Saya amat terkejut sekali dengan saranan oleh Presiden FAM, Sultan Haji Ahmad Shah, yang menyeru para pemain bolasepak Malaysia supaya kekal bermain di Liga M. Kenyataan tersebut dititahkan sewaktu mengulas penghijrahan penyerang Mohd Safee Sali ke kelab Pelita Jaya, Indonesia.
Saya fikir kenyataan tersebut adalah satu kenyataan yang mengundur ke belakang. Sedang pemain-pemain negara lain terutama Asia dan Afrika berusaha sedaya upaya untuk mencari peluang berhijrah ke luar negara terutama kelab-kelab yang menawarkan gaji lebih lumayan serta dapat mempertingkat prestasi mereka, pemain-pemain Malaysia pula diseru supaya menetap di dalam negara. Di manakah rasionalnya?
Pemain England yang beraksi di EPL sendiri pun ingin berhijrah ke kelab-kelab besar lain di Eropah. Inikan pula pemain Malaysia! Benar, Malaysia telah menjuarai Piala Suzuki. Tetapi itu bukan kayu pengukur untuk para pemainnya terus tinggal dalam negara dan mengatakan bahawa liga tempatan adalah yang terbaik.
Brazil, 5 kali juara dunia. Hampir keseluruhan pemain handalan mereka bermain di liga-liga Eropah. Begitu juga halnya dengan Argentina dan Perancis. Itali, Jerman dan Sepanyol, walaupun ramai pemain utama mereka bermain di liga tempatan namun masih ada terdapat pemain-pemain berstatus bintang bermain di liga luar negara.
Apatah lagi bagi pemain-pemain dari Asia. Mereka memerlukan pendedahan di peringkat lebih tinggi. Memandangkan Liga Indonesia menawarkan agak ramai pemain import maka sudah pasti beraksi bersama pemain-pemain import dari pelbagai negara merupakan satu nilai tambah kepada Mohd Safee Sali. Lihat bagaimana hebatnya pasukan Korea Selatan, Ausstralia dan Jepun. Pemain-pemain yang beraksi di Eropah memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka buat beberapa tahun ini.
Itu satu perkara. Jika kita melihat faktor kewangan pula, memang wajib seseorang pemain menerima tawaran lumayan dari kekal pada gaji yang sedia ada. Peluang datang hanya sekali. Terpulang kepada seseorang pemain itu untuk merebutnya ataupun tidak. Bak kata pepatah, 'menyesal kemudian tidak berguna'.
Dalam konteks Mohd Safee Sali ini, memang patut beliau menerima tawaran dari Pelita Jaya. Sudah pasti kelab tersebut menawarkan gaji yang lebih lumayan dari apa yang diterimanya di Selangor sebelumnya. Jadi, saranan saya, jangan sekat rezeki seseorang itu, nanti rezeki kita pula yang disekat orang.
Apa yang berlaku kepada beliau mengingatkan saya kepada apa yang berlaku kepada Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari, lagenda bolasepak Malaysia yang tiada galang ganti. Sebaik sahaja memaparkan aksi hebat menjaringkan gol dari tengah padang dengan rembatan kencang menewaskan Joe Corrigan, bagi gol penyamaan Malaysia sewaktu perlawanan persahabatan antara Malaaysia dan England B sekitar akhir 70an dulu, beberapa kelab telah menawarkan kontak kepada Mokhtar.
Namun, beberapa orang pegawai pentadbir bolasepak (nama mereka saya rahsiakan) telah menasihatkan agar Mokhtar tidak menerima tawaran tersebut dengan memberikan pelbagai alasan tidak masuk akal. Kata mereka, kita orang Melayu sudah pasti menghadapi banyak masalah bermain di England, misalnya soal bahasa, makanan dan budaya (bagaimana dengan para pelajar Malaysia yang ramai di England?). Maka Mokhtar terpaksa menolak tawaran tersebut.
Begitulah apa yang diceritakan kepada saya. Soal benar atau tidak kisah tersebut, itu soal kedua. Persoalan paling penting adakah sikap dan pemikiran yang tidak selari dengan kehendak kemajuan dan pembangunan. Masih adakah pemikiran-pemikiran sebegitu dalam tahun 2011 ini? Anda jawaplah sendiri dengan menilai peristiwa yang berlaku.
Prof: Antara peristiwa paling saya sesali (Mokhtar tidak menerima tawaran oleh kelab England) dalam kaancah bolasepak Malaysia. Allahyarham sepatutnya mendapat 'lebih' dari apa yang disumbangkannya terhadap bolasepak Malaysia.

Jumaat, 11 Februari 2011
MATTHEW MBUTA JARING GOL UTK CAMEROON
Masih ingat Matthew Mbuta? Ya, beliau adalah salah seorang bekas pemain import DPMM FC dalam kancah Liga M beberapa tahun lalu. Selepas tidak diperlukan oleh jurulatih ketika itu, Ranko Buketa, Matthew telah mencuba nasib ke beberapa negara hinggalah mendapat tempat di Crystal Palace FC di MLS Amerika Syarikat.
Kelmarin Matthew beraksi untuk pasukan kebangsaan Cameroon dan menjaringkan gol kemenangan negaranya dalam perlawanan menentang Macedonia. Saksikanlah video gol cantik jaringan beliau itu.
Prof: Memang tidak mengejutkan beliau mampu berjaya kerana sifat Matthew adalah seorang professional tulen.
REAL & BARCA MASIH UNGGULI SENARAI KELAB TERKAYA
Dalam senarai yang dikeluarkan oleh syarikat Del0itte Money League kelmarin, kelab gergasi La Liga Real Madrid dan Barcelona masih mengungguli kelab-kelab bolasepak terkaya di dunia berdasarkan pendapatan mereka tahun lalu. Enam tangga teratas masih tidak berubah seperti senarai tahun sebelumnya iaitu Real Madrid, Barcelona, Man Utd, Bayern Munich, Arsenal dan Chelsea.
Pendapatan Real meningkat sebanyak 9.3%, Barcelona 8.8% dan Man Utd pula 7%. Hanya pendapatan yang dipunyai dan diperolehi oleh kelab saya dikira sebagai keuntungan dan tidak mencampurkannya dengan kekayaan yang dimiliki oleh para pemilik kelab. Dengan pendapatan yang bertambah 7 kelab EPL memasuki carta 20 teratas.
Paling meningkat adalah Man City yang naik ke tangga 11 (tangga 20 tahun sebelumnya) dengan menambah pendapatan sebanyak 49.5% - 152.8 juta paund. Jika kelab tersebut berjaya memasuki Champion League sudah pasti pendapatannya akan terus bertambah dengan drastik.
AS Roma pula mencatat penurunan terbesar apabila mencatat kekurangan sebanyak 16% (dari tangga ke 6 ke tangga ke 18), sementara Vfb Stuttgart dan Aston Villa pula adalah muka baru dalam senarai carta. Arsenal mendapat pertambahan jualan tiket perlawanan paling mendadak akibat dari perpindahan Highbury ke Emirates di mana telah mencatat 42% peningkatan.
Berikut adalah senarai penuh 20 kelab terkaya
1. (1) Real Madrid - 438.6
2. (2) Barcelona - 398.1
3. (3) Man Utd - 349.8
4. (4) Bayern Munich - 323
5. (5) Arsenal - 274.1
6. (6) Chelsea - 255.9
7. (10) AC Milan - 235.3
8. (7) Liverpool - 225
9. (9) Inter Milan - 224.8
10. (8) Juventus - 205
11. (20) Man City - 152.8
12. (15) Spurs - 146.3
13. (11) Hamburg SV - 146.2
14. (13) Lyon - 146.1
15. (14) Marseille - 141.1
16. (16) Schalke 04 - 139.8
17. (18) Atletico Madrid - 124.5
18. (12) AS Roma - 122.7
19. (n.a) Vfb Stuttgart - 11.4
20. (n.a) Aston Villa - 109.4
( ) kedudukan tahun sebelumnya dan angka adalah dalam euro.

Jumaat, 4 Februari 2011
WINDOW TRANSFER YANG GILA?
Fernando Torres (50 juta), Andy Carrol (35 Juta), Edin Dzeko (27 juta), Luiz Suarez (22.5 juta) dan David Luiz (21.3 juta) paund - kesemuanya berjumlah 155 juta paund. Jika dicampur dengan nilai perpindahan pemain-pemain lain kesemua berjumlah melebihi 230 juta paund. Ianya berlaku dalam masa 2 hari terakhir tempoh 'window transfer' Januari 2011 lalu. Memang gila!
Beberapa persoalan ditimbulkan oleh pelbagai pihak, dari pemilik kelab, pegawai badan induk bolasepak, pemerhati dan peminat. Antaranya ialah; adakah berpatutan dengan nilai tersebut? Adakah ianya akan menjadi budaya baru bolasepak? Apakah kesan kepada kelab-kelab kecil? Perlukan dikuatkuasakan 'ceiling budget' sepertimana yang disuarakan oleh UEFA?
Itu hanya melibatkan Liverpool, Chelsea dan Manchester City. Bagaimana kalau kelab-kelab kaya yang lain seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester Utd, Arsenal, AC Milan, Inter Milan, Juventus dan Bayern Munich ikut serta dalam 'kegilaan' ini? Jumlah perpindahan akan mencecah 500 juta paund!
Saya tinggalkan persoalan-persoalan di atas untuk dijawab oleh anda. Sambil saya sendiri mencari jawapan-jawapan yang konkrit untuk dipaparkan dalam blog ini dalam posting-posting akan datang. Insya-Allah.
Prof: Syabas Chelsea akhirnya dapat memancing Torres. Tahniah Liverpool kerana berjaya membuat 'urusniaga' yang menguntungkan.

Langgan:
Catatan (Atom)