Ahad, 16 Mei 2010

'DOUBLE' DARI CARLO ANCELOTTI

John Terry (kapten) & Frank Lampard (timb. kapten) bersama mengucup Piala FA. Telah menjadi tradisi dlm bola sepak, kapten/timb. kapten akan menerima piala kemenangan, bukan pemilik/pengurus spt yg diamalkan di Brunei DS.

Akhirnya Carlo Ancelotti menempatkan dirinya dlm senarai pendek para pengurus Liga Inggeris yg berjaya melakukan 'double' (menjuang liga & Piala FA) apabila membawa Chelsea menumpaskan Portsmouth 1-0 dlm final Piala FA malam tadi (petang di England) di Stadium Wembley.

Gol hasil sepakan percuma oleh Didier Drogba di luar kotak penalti pd separuh masa kedua sudah cukup buat para peminat 'The Blues' dan pemiliknya Roman Abrahamovic bergembira dan berpesta. Kemenangan itu juga melengkapkan dominasi Chelsea ke atas musuh ketat dlm era millenium baru iaitu Man Utd.

Bekas pengurus AC Milan itu kini perlu mengejar satu lagi kejuaraan yg masih belum pernah dicapai oleh Chelsea iaitu Champion League. Jika itu berjaya dilakukannya musim depan maka sudah pasti Carlo Ancelotti akan menjadi seorg pengurus terhebat dekad ini kerana AC Milan pernah mengecapi kejayaan itu di bawahnya.

Prof; 'Skuad Tua' Chelsea sebenarnya perlu nafas baru utk mengejar Champion League. Khabar angin bertiup kencang, Roman Abrahamovic akan mencurahkan wangnya utk Fernando Torres.

Tiada ulasan: