Jumaat, 16 Oktober 2009

SELAMAT BUAT AZRAAI

Mohd Azraai Khor Abdullah @ Khor Sek Leng, Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman 2004-2009.

Rasanya tidak manis jika saya tidak mencatatkan apa2 mengenai Mohd Azraai Khor Abdullah, ketua jurulatih Kedah DA yg telah meletakkan jawatannya kelmarin. Sesungguhnya, sebagai org yg pernah menjadi editor Bulletin Kenari selama 2 bulan musim lalu, saya mengambil kesempatan ini utk mengucap selamat kpd jurulatih yg berkarisma itu. Syabas kerana telah meninggalkan rekod cemerlang dua kali 'treble' (Liga Super/Piala FA/Piala Malaysia) kesemua kenangan itu pasti tersemat dlm fikiran & lipatan sejarah beliau.

Khabarnya Azraai akan membimbing Harimau Muda musim depan. Maka bagi saya tindakan itu amat tepat sekali. Sebagai seorg jurulatih yg berwibawa, Azraai dilihat mampu memberikan bimbingan semaksima mungkin kpd pemain2 muda Malaysia itu. Seorg jurulatih professional & matang sudah semestinya inginkan cabaran baru dlm hidupnya dan Harimau Muda adalah jawapan paling tepat buat Azraai. Asas pasukan yg ditinggalkan olehnya sudah ada & amat mudah bagi penggantinya nanti kerana Kedah memiliki ramai pemain2 muda berbakat.

Apapun alasan Azraai utk meninggalkan negeri tanah tumpah darahnya itu, keputusan beliau hendaklah dihormati oleh semua pihak. Saya sebagai seorg yg mengenali beliau secara rambang ingin menghulurkan doa agar kejayaan2 akan terus berada di pihak Azraai. Ramai org mengatakan kejayaan Kedah dua musim lalu byk bergantung kpd kualiti pemain2 import mereka iaitu Nelson Sam Martin, Bernard Huggings & Marlon Alex James, namun jika tiada kepakaran utk menerajui mereka bersama pemain2 tempatan mustahil kejayaan dpt dicapai. Itulah keistimewaan Azraai.

Selamat berjuang Azraai.

Prof: Terlalu asyik berada di Stadium Darul Aman sama ada pd hari perlawanan ataupun hari2 biasa. Suasana sentiasa meriah dgn kehadiran org ramai & paling enak ialah makan roti arab serta melihat karenah penjual ubat pd mlm hari.

Tiada ulasan: