Sabtu, 3 Januari 2009

'LIGA M' START TODAY - without Brunei DS

Sejak saya bertugas sebagai wartawan sukan (1983), saya tidak lekang mengikuti/membuat liputan Liga Malaysia (dulu dikenali sebagai Piala Malaysia-Liga Semi Pro) dan setiap kali itu jugalah ada sahaja pasukan yg menjadi favourite saya. Brunei mula saya dekati sejak berpindah ke negara ini sejak 1989. Sejak itu juga Brunei tidak pernah 'engkar' menyertai liga negara jiran itu.

Tetapi malangnya musim ini kita di Brunei tidak berpeluang untuk melihat aksi2 Liga M. Bagi saya, ini adalah sesuatu yg berlainan, asing dan rasa kurang lengkap hidup seharian saya. Nasib baik projek saya bersama pasukan Kenari, Kedah, masih berjalan dan kini teman2 saya di Alor Star sedang bertungkus-lumus menyiapkan penerbitan pertama musim ini, Buletin Kenari. Oleh kerana ada masalah keluarga di Bandar Seri Begawan, saya menunda sementara kepergian ke negeri 'Jelapang Padi' itu. Namun kerja teman2 tetap saya pantau dari sini (dgn bantuan kecanggihan teknologi IT).

Terima kasih tidak terhingga kpd YAB Ustaz Haji Azizan Abd Razak (MB Kedah merangkap Presiden KFA), YB Dr. Hamdan Mohd Khalib (Exco Kedah & S/U Agong KFA-Pengurus Pasukan), 'sahabat' Azraai Khoor Abdullah (coach Kedah) & Co serta kerabat KCE Sdn Bhd (partner Buletin Kenari) dan segenap lapisan penyokong 'Hijau Kuning' kerana memberi kesempatan saya berkarya di bumi anda.

Walaupun, penyertaan Brunei dalam Liga M tidak akan memperbaiki 'ranking' FIFA namun 'terkubur'nya BAFA lebih merugikan. Minggu2 mendatang pasti kita merasa rugi & cemburu melihat pasukan2 lain beraksi dalam Liga M. Jika tidak sudah pasti Brunei DPMM FC akan menjadi salah sebuah pasukan yg mencabar.

Teman2 saya (personil2) yg berada di serata dunia (Brazil, Argentina, Chile, Mexico, AS, England, Jerman, Perancis, Asia & Afrika) juga turut merasakan kerugian. Kata mereka, 'apa maknanya jika sebuah negara tidak menyertai liga bola sepak?' atau sekurang2nya menganjurkan liganya sendiri.

Memang pahit kenyataan ini. Tetapi itulah juga ubat paling mujarab. Tiada ubat yg manis. Fikir2kanlah.

Tiada ulasan: