MENGKRITIK tidak bererti menentang, MEMUJI tidak semestinya menyokong, MENEGUR tidak bermaksud membenci, BERBEZA pendapat adalah teman berfikir yang baik.
Isnin, 30 Mei 2011
FIFA BERGOLAK
FIFA telah menggantung Mohamed bin Hammam (Presiden AFC dan bekas calon Presiden FIFA) dan Jack Warner (Presiden CONCACAF), kedua-duanya Naib Presiden FIFA, hingga selesai siasatan salah laku terhadap mereka. Manakala Presiden FIFA sendiri, Sepp Blatter terselamat dari tindakan. Sebelum itu, Mohamed telah menarik diri dari mencabar Blatter untuk kerusi Presiden FIFA akibat dari siasatan terhadap beliau. Blatter, walaupun tidak tercabar namun masih belum selamat kerana ketika kongres FIFA nanti setiap ahli berhak untuk menolak atau bersetuju kepada kepimpinan warga Swiss itu.
Bagi saya FIFA ibarat 'ketam yang mengajar anaknya berjalan betul'. Pada satu sisi FIFA menitik beratkan ketelusan dan profesionalisma akan tetapi batang tubuh FIFA sendiri bergelumang dengan lumpur dan tahi. Kita sedang menyaksikan perang sesama sendiri, 'membuka pekung di dada' dan 'meludah ke langit, terkena muka sendiri', antara Jack Warner dan Mohamed dan FIFA sendiri dalam media sejak beberapa hari ini dan untuk hari-hari berikutnya. Sama-samalah kita saksikan. Sangat memalukan.
Prof: Sejak dulu lagi menyedari masalah FIFA ini apatah lagi masalah-masalah negara anggota, penuh dengan kudis dan tokak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan