Rabu, 31 Disember 2008

HAPPY NEW YEAR 4 ALL BRUNEI FOOTBALL FANS

2008 telah meninggalkan kita dgn pelbagai peristiwa & kenangan. Kini 2009 kita hadapi dgn penuh harapan agar bola sepak kitani lebih maju & berjaya. Apa yg pasti 2008 banyak memberi pengajaran berguna kpd kita. Paling mengecewakan & memahitkan ialah pengharaman BAFA oleh pihak berwajib, sambil sebuah badan induk baru FFBD telah ditubuhkan.

Yg pasti 2009 mesti diisi dgn usaha2 & kegiatan2 yg memacu kpd perkembangan positif bola sepak negara. AFC sudah memberi kata putus bahawa Brunei Darussalam boleh melaksanakan apa saja kegiatan walaupun badan induk (BAFA) sudah diharamkan. Diharap FFBD akan terus mengorak langkah mengatur pelbagai aktiviti bagi pembangunan & kemajuan bola sepak tempatan.

Seperti yg diharapkan oleh ramai pihak, B Leauge yg selama ini sudah berjln beberapa musim, mesti disambung kembali sebagai wadah mencungkil bakat2 baru utk membawa cabaran negara di masa hadapan. Selain itu struktur pengurusan bola sepak di negara ini mesti digariskan secara jelas; umpamanya peranan persatuan2 daerah & kelab2 gabungan agar ianya tidak bertindih dari segi perlaksanaan kegiatan2.

FFBD mesti berperanan sebagai 'badan induk' secara mutlak. Seluruh kegiatan bola sepak di pelosok mana pun mestilah di bawah kawalseliaan FFBD. Di samping itu FFBD berdepan dgn 'peperangan' paling hebat di peringkat antarabangsa. FFBD juga dituntut dapat memberi gambaran bahawa FFBD benar2 layak di mata AFF, AFC & FIFA.

Apapun, saya secara peribadi mengucapkan syabas kpd ajk2 penaja FFBD atas penubuhan badan induk itu, serta tidak lupa mantan ajk2 BAFA. Hanya masa yg menentukan. Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 & Masihi 2009. - jabar isnin

Jumaat, 26 Disember 2008

BAGAIMANA REAKSI FIFA?

Fakta: BAFA diharamkan (setelah rayuan ditolak).

Ini membolehkan sebuah badan induk baru ditubuhkan. Adakah ini langkah yg sesuai utk kebaikan bola sepak negara? Saya suka melihat permasalahan ini dlm skop yg lebih luas. Yg pasti juga, BAFA telah melaksanakan beberapa projek dengan bantuan FIFA sebelum ini termasuk membina ibu pejabat BAFA di Berakas. Bukan sedikit bantuan yg dihulurkan oleh badan induk bola sepak dunia itu.

Jika melihat dari ruang lingkup negara kita sahaja, memang tepat pengharaman terhadap BAFA. Tetapi jika kita membawa kpd konteks FIFA maka ianya menjadi lebih rumit & kompleks. FIFA mempunyai dasar & matlamat tersendiri. Sumbangan wang ringgit yg telah FIFA berikan kpd BAFA bukanlah sedikit & mereka (FIFA) saya rasa tidak akan berdiam diri dlm hal ini.

Saya khuatir apa yg menimpa negara Kuwait, Colombia & Iraq serta hampir2 Poland juga menerima nasib, akan terjadi kpd Brunei Darussalam (negara2 berkenaan telah digantung & hampir digantung oleh FIFA kerana campur tangan pihak tertentu). Sebab itulah saya lebih suka jika BAFA dihidupkan kembali walau dengan apa cara sekali pun.

Seperkara lagi ialah, menurut perlembagaan FIFA, sesebuah badan induk yg baru perlu mengambil masa sekurang2nya 2 tahun beroperasi (setelah segala kegiatannya diawasi oleh FIFA) barulah keahliannya diluluskan dalam Kongres FIFA akan dtg. Ini bermakna dlm 2 tahun mendtg ini kita tidak dpt menyertai atau menganjurkan kejohanan2 antarabangsa. Yg ruginya adalah para pemain, peminat & individu yg benar2 ikhlas memperjuangkan sukan bola sepak.

Paling mendebarkan saya ialah reaksi dari FIFA mengenai hal ini. Menilai dari tindakan mereka (FIFA) sebelum ini jelas bahawa FIFA tegas & amat professional. FIFA amat komited utk memajukan sukan bola sepak & tidak akan membenarkan apa jua elemen2 negatif yg boleh menghancurkannya.

Selepas ini, episod yg membelenggu BAFA sangat kritikal. Kita tunggu & lihat apa reaksi FIFA.

Rabu, 24 Disember 2008

BLACK DAY FOR BRUNEI FOOTBALL

Kini sahlah sudah Brunei DPMM FC tidak dapat menyertai Liga Super Malaysia Musim 2009 disebabkan masalah yg dihadapi oleh BAFA. Ini juga bermakna buat pertama kali kita tidak akan melihat perlawanan2 Liga Malaysia sejak Brunei DS dijemput menyertainya pada tahun 1970an dulu. Sesuatu yg ganjil bagi pecinta sukan bola sepak di negara ini; walaupun mungkin kita tidak melihat di stadium, tetapi mesti ambil tahu melalui media massa yg lain tentang perkembangannya.

Seperti posting saya yg sebelum ini, saya tidak mahu untuk menuding jari kepada sesiapa. Menyalahkan seseorang tidak menyelesaikan masalah. Apa yg perlu kita buat ialah memandang ke hdpan dengan positif. Tidak menyertai MSL bukanlah jalan penutup bagi DPMM FC dan perkembangan bola sepak di Brunei. Kita terpaksa bermula dari bawah, dari abjad A..., sebenarnya byk yg mesti kita perbuat utk memajukan sukan bola sepak ini. Terlalu banyak.

Utk diperturunkan satu persatu dlm posting ini, terlalu byk. Tetapi akan saya cuba sedikit demi sedikit. PERTAMA; masalah badan induk bola sepak mesti diselesaikan dahulu. Badan induk ini penting kerana ianya sebagai 'indung', payung dan wakil tne di peringkat a'bangsa kpd ahli2 gabungannya. Tne mesti ada badan induk yang sah seberapa segera utk memperjuangkan nasib tne.

Bagaimana? Ini soalan yg menarik. BAFA atau siapa? Bagi saya BAFA mesti dihidupkan kembali, diberi nafas baru, tenaga baru dan kumpulan manusia yg serba baru. Ungkapan yg paling popular; Rebranding atau penjenamaan baru. BAFA mesti berwajah baru. Saya harap kpd mereka2 dlm BAFA mengerti, faham, tahu diri dan MESTI sanggup berkorban. Lepaskanlah BAFA kpd orang baru yg lebih professional, pragmatik, bersistematik dan yg paling utama ialah manusia2 yg mendahulukan kepentingan bola sepak dari diri sendiri.

Bagaimana cara memulihkan BAFA? Jawapan tersebut hanya AJK2 BAFA yg lebih arif. Yg penting BAFA mesti dipulihkan dalam kadar segera. 'Exit door' telah ditunjukkan. Maka faham2 sajalah. Okey, langkah seterusnya akan saya post kemudian. Adios.

Isnin, 22 Disember 2008

KAMELUT BOLA SEPAK DI BRUNEI

Episod penyertaan Brunei DPMM FC dalam Liga Super Musim 2009 akan datang ini penuh intrig & drama. FAM terpaksa berbuat demikian (mengeluarkan DPMM FC dari Liga Super) akibat dari masalah yang dihadapi oleh BAFA. Apa yang perlu ditekankan di sini ialah; bukan menuding jari ke arah siapa atau siapa yang mesti dipersalahkan, akan tetapi menyelami ke dalam diri setiap daripada kita dengan bertanya...Apakah aku benar-benar ikhlas memperjuangkan sukan bola sepak ini?

Jika jawapannya ...Ya....tanya lagi kepada diri kita, Apakah yang sudah aku perbuat? Maka jawapan dari soalan ini jugalah jawapan kepada persoalan di atas. Apa yang sudah kita perbuat untuk memajukan sukan no 1 dunia itu? Membangun atau menghancurkan? 'Tepuk dada, tanyalah selera".

Saya berdoa agar segala permasalahan ini dapat diatasi dengan segera demi kebaikan dan kemajuan sukan bola sepak di Brunei Darussalam. Kita sama-sama ingin melihat pasukan Brunei DPMM FC beraksi dalam Liga Super Musim 2009 dan membawa mutu pemain-pemain tempatan ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat dibanggakan.

Apa pun masalahnya, saya tidak ingin mengupas dengan terpeinci, khuatir ada pihak yang merasa kurang selesa dengan tulisan saya. Apa yang perlu saya ingatkan ialah, "Buat kerja dengan ikhlas dan professional,".

Khamis, 18 Disember 2008

MUARA VELLA ACADEMY JUARA KESELURUHAN

Salah satu pasangan suami/isteri bagi acara menjunjung bola di atas kepala.
Sebahagian dari ahli keluarga MVFC yang menyaksikan acara2 pd hari itu.
Mohamad@Mike sedang menjadi 'aznil hj nawawi'...sybas Mike.
Wakil Akademi Muara Vella FC sedang menerima Piala Pusingan sebagai juara keseluruhan.

Hari minggu lalu (14/12/2008-Ahad) sekali lagi saya bertandang ke Padang Sekolah SUAS, Muara, menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan 7 Sepasukan anjuran Muara Vella FC. Seperti biasa Mohamad 'Mike' Tunjang bersama AJK2 MVFC begitu kreatif mengatur acara2. Sebelum perlawanan2 akhir dmulai, beberapa acara sampingan yg mencuit hati telah diadakan.

Umpamanya; acara2 utk para isteri AJK & ibu/bapa pemain spt tendangan jauh, mengelecek & menjunjung bola di atas kepala (suami&isteri). Inilah masanya anak2 dpt mentertawakan ibu/bapa mereka dengan aksi2 yg melucukan. Saya hanya sempat menyaksikan acara menjunjung bola di atas kepala utk suami&isteri. Selepas itu Mike tampil menjadi 'aznil hj nawawi' menemuramah beberapa orang pemain, syabas Mike!

Selepas itu pasukan2 yg layak ke perlawanan akhir bergambar ramai bersama tetamu kehormat, jemputan khas, pegawai & AJK MVFC. (Terima kasih Ricky Soh Hock Kee, Chairman MVFC, kerana sudi menjemput saya turut sama bergambar ramai).

Keputusannya; Akademi Muara Vella FC muncul sebagai Juara Keseluruhan, B-11 Juara-SR SUAS, B-13 Juara-MVFC, B-15 Juara MVFC A & B-17 Juara MVFC. Khabarnya tahun depan 2009 MVFC akan menganjurkan lagi kejohanan serupa. Syabas Muara Vella FC, teruskan usaha awda membawa naik martabat bola sepak.

Selasa, 16 Disember 2008

DPMM FC JUARA DI LABUAN

Replika hadiah wang tunai RM5,000 sebagai Juara Piala Pusingan Datuk M Saravanan
Piala kemenangan (gmbr d ambil d opis DPMM FC)
Bobby sedang menerima hadiah 'Pemain Penyerang Terbaik'.
Para pegawai dan pemain DPMM FC bergambar ramai setelah muncul juara, Syabas. Hj Abd Rahman Tamit yg 'ambil' gmbr ane....2x syabas.

Syabas untuk Brunei DPMM FC. Mereka telah menjadi juara dalam Kejohanan Tiga Penjuru di WP Labuan Piala Datuk M. Saravanan (Timb. Menteri Wilayah Persekutuan). Walaupun tewas 0-1 dalam perlawanan pertama kepada Sabah namun Rosmin Hj Mohd Kamis dan rakan2 berjaya menewaskan skuad 'Tok Gajah' Pahang 2-1 dalam perlawanan kedua. Sebuah lagi pasukan, Ex-Sabah telah menarik diri.

Saya tidak turut serta dalam kunjungan mereka ke Labuan kali ini oleh sebab2 tertentu. Bagaimana pun untuk para pembaca blog ini saya mendptkan gambar dari Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat (Jurulatih Penjaga Gol DPMM FC). Thank jon.

Lebih manis, Rosmin 'Bobby' Hj Mohd Kamis telah terpilih menjadi Pemain Penyerang Terbaik. Ini amat manis bagi beliau kerana setelah berehat panjang selama 9 bulan akibat kecederaan akhirnya beliau mampu kembali dan beraksi seperti biasa.

Bobby berharap prestasi seperti itu akan berterusan utk Liga Super Musim 2009. Anak muda dari Kg Kelugos, Tutong itu mengucapkan ribuan terima kasih kpd isteri, keluarga, sahabat2 dan rakan2 sepasukan serta MOH & pengurusan DPMM FC, kerana membantu dalam usahanya kembali pulih dari kecederaan.

Saya percaya Bobby & rakan2 akan beraksi baik kali ini. Saya akan menyorot lebih mendalam utk Brunei DPMM FC dalam posting2 akan datang.

Ahad, 14 Disember 2008

GMBR2 VETERAN D KK

Ngalih sulnya...hahahaha
Lunch sambil tunggu2 next match di kantin Stadium Likas

Brunei Veteran sebelum perlawanan akhir

Jabar & Hj Jimi knyang plg tu, yg lain nda tau lh hehe-dinner d Le Meridien Hotel KK

Kami lunch d slh sebuah rest Melayu di Lawas dlm perjalanan menuju KK

'Captain Marvellous', Jefry Mohamad sedang menerima Piala Kejuaraan

Pegawai dan pemain Brunei Veteran setelah tamat perlawanan akhir


Pada 1 & 2 Nov 2008 lalu, pasukan Brunei Veteran telah menjuarai Densit Borneo 7's Soccer Tournament yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Brunei Veteran dianggotai oleh Ishak Hj Kabon, Azmanuddin Hj Gillen, Hj Hassan Hj Damit, Mohd Brian Iman Abdullah Bothwell, Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak, Hj Rosaidi Hj Mohd Kamis, Sabtu Yahya, Puncha Gunong, Saidy Abdullah Tujoh dan Jefry Mohammad.

Turut menyertai rombongan ialah Nordin Tujoh, Hj Norazme PDP Hj Abd Razak, Jabar Ithnin (Pengurus) dan PA Hj Baharuddin (P. Pengurus). Maaf kerana agak lambat memaparkan gambar2 kami di sini. Tahun hadapan adalah musim sibuk bagi pasukan Brunei Veteran kerana mereka akan berkunjung ke beberapa kejohanan di luar negara.

Rabu, 10 Disember 2008

Brunei DPMM FC BERSEDIA UTK LIGA SUPER MUSIM 2009

DPMM FC bergambar ramai sebelum perlawanan menentang Singapore Polytechnic
Jurulatih, Vjeran Simunic sedang memberi penerangan kpd para pemainnya sebelum bermula perlawanan menentang Geylang United FC
Para pemain diketuai oleh Rosmin 'Bobby' Hj Kamis, sedang mendengar penerangan ringkas Simunic.

Buat pertama kali saya ingin mencatatkan sesuatu utk skuad Brunei DPMM FC dlm ruangan ini. Minggu lalu mereka telah berkelana ke Singapura mengadakan 3 perlawanan persahabatan. Alhamdulillah mereka menang ke tiga2 perlawanan itu (menewaskan Nanyang Polytechnic 4-1, Geylang United 1-0 dan S'pore Police Academy 5-2) sebagai persiapan menjelang bermulanya Liga Super Musim 2009.

Minggu ini mereka 'berlayar' lagi, kali ini benar2 berlayar dengan menggunakan feri ke pulau Labuan menyertai kejohanan jemputan Labuan yang turut disertai oleh Pahang, Sabah & ex-Sabah. Inilah kesempatan utk mereka menguji gandingan sebenar sebelum berhadapan musim2 tradisi musim depan.

Secara jujurnya saya belum melihat prestasi pasukan baru Brunei DPMM FC ini dan tidak menyertai mereka dalam 'misi' ke Labuan seperti sebelumnya kerana ada urusan peribadi. Nanti jika berkesempatan saya akan mencoretkan pula perkembangan corak permainan mereka.

Yang pasti banyak perkembangan terbaru, sama2 kita nantikan. Saya janji untuk memberikan komen lebih kritis melalui blog ini.

KEJOHANAN 7-SIDE MUALA VELLA FC

Antara pasukan yg menyertai katagori U-13
Ini Piala Pusingan yang akan menjadi rebutan pada 14Dec08 nanti
Family, plyrs & ajk Muara Vella FC
Bkn sja plyrs get ready, suppotersnya pun mesti get ready....syabas!
Action from one of the game, fun & promising
Awg Mohamad 'the director' sedang menerangkan sesuatu kpd pemain2
Muara Vella vs Muara Vella, the winner is....football/soccer/bula

Pada hari minggu lalu (Ahad/7Dec2008), saya berkesempatan menghadiri kejohanan 7 sepasukan anjuran Muara Vella FC. Kejohanan dibahagikan kepada beberapa kategori; U-11, U-13, U-15 & U-17. Lebih 20 buah pasukan telah mengambil bahagian dan amat meriah sekali. Syabas kpd kesemua AJK MVFC (terutama Awg Mohd Hj Tunjang), setiap kali kejohanan anjuran bisia pasti meriah.

MVFC memperlihatkan hubungan kekeluargaan di kalangan ajk, ibu/bapa, pemain & peserta amat mesra & erat. Mcm ane lh, bukan kn mau manang saja tane main bola ane kn? Final akan diadakan di tempat yg sama (pdg sek ren SUAS Muara) pd 14Dec08 (Ahad). Insya-Allah saya akan ke sana lagi. Khabarnya byk lagi aktiviti yg telah dirancang untuk memeriahkan lagi acara.

Pasukan-pasukan yang layak ke perlawanan akhir ialah; U-11; Akademi Muara Vella A x SR SUAS, U-13; Star Kids x Akademi Muara Vella A, U-15; Akademi Muara Vella A x Akademi Muara Vella B & U-17; AQ FC x Akademi Muara Vella A.

Terima kasih kpd Awg Mohd Isa Hj Marsidi (PBDBM) kerana membantu saya utk acara ini), Hanya Allah saja balas budi mu.

Jumaat, 5 Disember 2008

BERITA TERBARU MENGENAI MATHEW MBUTA



Masih ingat Mathew Mbuta? Pemain midfield Brunei DPMM FC dari Cameroon yang beraksi hanya dalam 8 perlawanan Liga Perdana Musim 2005/2006 dan telah menjaringkan 3 gol. Selepas digantikan dengan Tiago dos Santos Roberto, Mathew tidak menoleh ke belakang lagi. Beliau telah mencuba nasib bersama West Ham Utd dan Arsenal (EPL).

Gagal dalam trail bersama kedua-dua kelab gergasi itu, Mathew beralih arah ke Amerika Syarikat pula dan nasibnya baik apabila kelab division 2 iaitu Crystal Palace Baltimore mendapatkan khidmatnya. Setelah bermain sebanyak 35 kali (7 gol) untuk musim 2007 & 2008, pemain lincah berusia 22 tahun itu maju setapak lagi setelah dilamar oleh kelab bertaraf MSL iaitu Red Bull New York pada 15 Sept. 2008 lalu.

Di Red Bull New York, Mathew sempat bermain 2 perlawanan sebelum MSL melabuhkan tirainya untuk musim 2008 namun beliau mampu menjaringkan 1 gol ketika menentang LA Galaxy (kelab David Beckham). Red Bull New York turut diwakili oleh Juan Pablo Angel pemain berasal Colombia dan pernah bermain di Aston Villa.

Antara bintang2 ternama yang pernah bermain di sini ialah Lothar Mathaus, Youri Djorkaeff, Claudio Reyna, Alexi Lalas, Roberto Donadoni dan Tim Howard. Mungkinkah suatu hari nanti kita akan menyaksikan kelibat Mathew melalui kaca tv di EPL? Sama-samalah kita nantikan. Saya cuba menghubungi berita lanjut dari Mathew sendiri dan akan menyusul kelak.

PENUBUHAN BVFA

Sebuah Jawatankuasa Penaja telah ditubuhkan untuk menyelaras ke arah penubuhan rasmi Persatuan Bola Sepak Veteran (Brunei Veteran Football Association/BVFA). Antara tujuan menubuhkan BVFA ialah untuk mengumpul dan menggabungkan pemain2 veteran di seluruh Negara Brunei Darussalam, seterusnya mengendalikan pelbagai aktiviti untuk mereka seperti menyertai kejohanan2 veteran di luar negara.

Di bawah ialah senarai AJK Penaja BVFA;

Presiden : Pg Anak Haji Damit Baharuddin bin Pg Anak Sepiuddin.
Naib Presiden : Ali Hj Ismail & Liew Chuan Fue
Setiausaha : Jabar Ithnin
P. Setiausaha : Azamanuddin Hj Gillen
Bendahari : Ishak Hj Kabon
P. Bendahari : Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat
AJK : Kasmi Hj Abd Hamid
Hj Norazme PDP Hj Abd Razak
Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak
Lim Sun Hui
Jamhari Lani
Metussin Sumpong

Isnin, 1 Disember 2008

Bye2 Rene & Keita

Kenangan abadi bersama Rene sebelum beliau berlepas ke Croatia


Saya dan Keita bersama anaknya bernama 'Hakeem' di airport Berakas

Akibat dari undang-undang lapok oleh FAM yang tidak membenarkan pasukan-pasukan menyenaraikan pemain-pemain import untuk Liga Malaysia Musim 2009 maka dua orang pemain import Brunei DPMM FC, Rene Komar dan Keita Mandjou terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Jumaat lalu, Rene telah berlepas ke negara asalnya, Croatia, dan kini mungkin sedang berada di sisi isteri tercinta.

Kedua-dua berharap agar FAM mengecualikan Brunei DPMM FC dengan peraturan baru itu, namun FAM bertegas dengan keputusan mereka. Rene ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau akan berehat buat sementara waktu dari bola sepak dan mungkin memulakan perniagaan di bandar kelahirannya.

Keita Mandjou pula berlepas ke Vietnam selama seminggu untuk meninjau peluang di sana. "Saya ingin meninjau kehidupan di sana dulu. Jika saya rasa ok, maka saya akan mencari kelab-kelab di sana. Jika tidak saya akan menyahut tawaran di Bandung," ujar Keita.

Apa kan daya, kita kempunan untuk melihat 2 penjaring terbanyak Liga Super iaitu Shah Razen Said & Keita Mandjou untuk bermain dalam satu pasukan. (Dalam musim 2006/2007; kedua-duanya menjaringkan 22 gol - dlm catatan saya yg menyaksikan jaringan 'jan' ketika menewaskan NS Naza di MBPJ, 'Jan' sebenarnya menjaring 23 gol musim itu).

All da best for Brunei DPMM FC next season.

Cian Apek, Patah Tangan Pulang

Pose menarik dari Apek di katil hospital

Apa dah jadi ne pek? Apa boleh buat, 'nasi sudah menjadi bubur', terpaksa hadapi dengan tenang. Fadlin Galawat, pemain penyerang berpengalaman Brunei DPMM FC, baru sahaja selesai menjalani pembedahan lutut dan memulakan latihan ringan untuk beraksi semula, tiba-tiba terlibat dalam kemalangan jalan raya minggu lalu. Cian Apek.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Apek' di kalangan rakan rapat dan pemain-pemain bola sepak di negara ini, kini terlantar di hospital RIPAS akibat kemalangan itu dan tanggan sebelah kanannya patah. Saya, Rosmin 'Bobby' Hj Mohd Kamis dan Hj Abd Rahman (pegawai DPMM FC) melawat beliau hari Sabtu lalu. Bagaimana pun Apek tetap bersemangat untuk meneruskan kerjaya bola sepaknya. Wira negara ketika menjuarai Piala Malaysia 1999 lalu itu memberitahu saya bahawa beliau akan tetap akan bermain semula secepat yang mungkin kerana kecederaan lututnya itu sudah sembuh, kini dalam proses penyesuaian. Kepada para peminat dan rakan-rakan sepasukan bolehlah melawat dan memberikan sokongan moral kepada Apek, beliau kini dirawat di hospital RIPAS, Wad 8. Adios Pek, hahahaha.

Sabtu, 29 November 2008

U-18 Sekolah2 Asia Di Zhuhai, China

Liew kn jadi pelumba basikal lapas dari China.




Aiiii....'my little bro' Hj Eady pun ada jua...hahahaha

Skuad Brunei ketika upacara pembukaan.

Syabas, kepada skuad kebangsaan Bawah 18 Tahun Negara Brunei Darussalam yang baru pulang dari menyertai Kejohanan Sekolah-Sekolah Asia Bawah 18 Tahun yang telah berlangsung di Zhuhai, China dari 17 hingga 27 November yang lalu.

Skuad negara pimpinan Awg Liew Chuan Fue telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir namun tumpas kepada Korea Selatan yang akhirnya muncul juara setelah menewaskan Indonesia 2-1. Ujar Awg Liew, 'standard' permainan negara-negara lain jelas jauh meninggalkan kita. Ini termasuklh dari segi fizikal, skil, corak permainan & tidak lupa program pembangunan mereka.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi mereka? Anda jawablah sendiri soalan saya itu. Atau nanti saya berikan jawapannya. Buat waktu ini tataplh gambar2 mereka sewaktu berada di China.