Ahad, 31 Januari 2010

DULU KAWAN, KINI MUSUH

Lihat gelagat Gary Neville dan Carlos Tevez ini. Dulu mereka rakan sepasukan di Manchester United dan bersahabat baik malah tidak lupa utk berpelukkan setiap kali meraikan jaringan gol. Namun segalanya berubah apabila Carlos Tevez berpindah ke kelab jiran Manchester City. Bermula dgn cakap2 dlm media, pertelingkahan mereka terbawa2 ke dlm padang. Akibatnya, kedua2 pemain telah bertukar2 isyarat sehingga ada yg menunjuk isyarat lucah (lihat aksi Gary Neville). Yang penting, boleh tiru cara permainan & komitmen mereka sebagai pemain TETAPI jgn tiru gelagat di atas. Nampaknya bola sepak sudah jadi mcm gelanggang politik. Hari ini kawan, esok musuh & lusa berkwn kembali. Donia, donia....apa nak jadi!

Jumaat, 29 Januari 2010

FINAL AFRICA CUP OF NATIONS

Mohammed Zidan (no 10) menjadi wira Mesir dgn 2 gol ketika menumpaskan Algeria 4-0.

Asamoah Gyan (kanan) pula menjadi hero 'The Black Star' Ghana dgn gol tunggal menewaskan Nigeria.

MESIR BERTEMU GHANA, BAKAL CIPTA SEJARAH

Mesir, walaupun gagal ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, namun mampu melupakan kepahitan itu apabila membelasah Algeria (lawan yg menumpaskan mereka dlm perlawanan play-off) 4-0 pd separuh akhir. Lawan Mesir pula ialah Ghana 'The Black Star' yg membenam hasrat Nigeria 1-0 hasil jaringan Asamoah Gyan.

Jika Mesir berjaya dlm perlawanan akhir yg akan berlangsung pd Ahad ini di Luanda, maka negara Piramid itu akan mencipta sejarah dgn menjadi negara pertama mencipta hattrick memenangi Africa Cup of Nations setelah memenanginya dua tahun lalu di Kaherah dan pd 2006. Dlm separuh akhir itu, pemain Mesir yg beraksi di Bundesliga Jerman, Mohammed Zidan, menjadi wira apabila menyumbat 2 gol.

Pertemuan antara Mesir dan Ghana ini pasti menarik kerana mempertemukan dua negara jaguh benua Afrika. Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri terutama Ghana yg memiliki ramai pemain professional yg berpangkalan di Eropah sepeti Michael Essien, Obafemi Martin, John Obi Mikel, Yukubu Ayegbemi, John Mensah, Stephen Appiah, Obinna Nsofor dan ramai lagi.

Manakala Mesir tidak kurang hebatnya, selain memiliki Mohammed Zidan, mereka juga mempunyai Hosam Ghaly, Ahmaed Hassan dan Ahmed Hosni. Pendek kata, pertembungan antara mereka akan memadamkan kenangan pilu yg menimpa skuad Togo di awal kejohanan ini apabila bas mereka diserang hingga terpaksa menarik diri. Bola sepak pasti akan memberi khabar gembira kepada manusia sejagat.

Selasa, 26 Januari 2010

LIGA VETERAN SABAH - PIALA MEGALONG 2010


Para jemputan khas sedang menyaksikan perlawanan pembukaan antara Hungap Veteran dan JKR Sabah.

Encik Edwin Jomiji (Pengerusi Kejohanan) sdg diperkenalkan kpd para pemain sebelum sepak mula.

Antara aksi menarik walaupun sudah veteran, semangat masih berkobar2 utk bermain.

Para pemain Hungap Veteran (merah) bergembira meraikan salah satu gol mereka dlm perlawanan itu.

Kedudukan cemas di depan gol tetapi penjaga gol lebih tangkas mengawal keadaan.

Salah seorg pemain Hungap Veteran sdg membawa bola bersendirian.

Kiriman Rainold J Mokujin


Pada 24 Jan 2010 (Ahad), jam 4.00 ptg lalu telah berlangsung majlis perasmian Liga Veteran Piala Megalong 2010 di Stadium Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Penampang Encik William Sampil dan pada perlawanan pembukaan telah menemukan pasukan Hungap Veteran dan JKR Sabah yg mana telah dimenangi oleh Hungap Veteran (naib johan musim lalu) 6-1.

Turut hadir dlm perlawanan pembukaan itu ialah Pengurus Lembaga Sukan Negeri Sabah, Encik Mahmood Kalong dan pengerusi kejohanan Edwin Jomiji dari pihak penganjur kejohanan iaitu Penampang Pro-Sports Networks Sdn. Bhd. Johan akan menerima piala, medal dan wang tunai RM3,000 dan naib johan pula akan membawa pulang wang tunai RM2,500 dan medal. Sementara itu pemenang Piala FA pula akan dihadiahkan piala dan wang tunai RM2,000.

Kejohanan veteran 11 sepasukan itu terbuka kpd pasukan2 dari seluruh Sabah terutama di kawasan Pantai Barat. Setiap pasukan dikehendaki menyenaraikan 5 org pemain yg berumur 40 tahun ke atas, 4 org pemain yg berumur 46 ke atas dan 2 org pemain yg berumur 51 ke atas dan pemain gantian hendaklah dari kategori umur yg sama.

Hungap Veteran yg dibarisi beberapa bekas pemain negeri spt Herman Limus, Shashi Paniker & Paddy Edwin telah mendahului 2-0 dlm separuh masa pertama perlawanan pembukaan itu. Walaupun JKR Sabah turut memiliki bekas pemain2 negeri spt Henry Anjun, Paulus Jimit, Jekerison Kilan, Awang Palal dan Edwin Phan namun Hungap Veteran menambah 4 gol lagi di separuh masa kedua melalui Tonny Limus (3 gol), Gregory Mojuntin (2 gol) dan Christopher Sipaun (1 gol). JKR Sabah hanya mampu membalas melalui bekas pemain Harimau dan Sabah Henry Anjun.

Prof: Syabas kwn2 di Sabah kerana berjaya menganjurkan liga veteran. Insya-Allah, VFA akan turut menganjurkan liga veteran Brunei dlm tahun ini juga.

Isnin, 25 Januari 2010

BALASUNGKAWA BUAT AL-MARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM


Al-Marhum Al-Mutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar telah memerintah Johor Darul Takzim selama 29 tahun (1981-2010).

Pada pukul 7.15 malam, 22 Januari 2010 bersamaan 6 Safar 1431 Hijrah dalam usia 77 tahun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Johor Darul Takzim, Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat dan telah dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. Berikutan itu, anakanda sulung Al-Marhum, Tengku Mahkota Ibrahim Ismail telah diangkat utk mengantikan Al-Marhum ayahandanya sebagai Sultan Johor Darul Takzim.

Sebagai makhluk Allah yg dilahirkan di bumi negeri Johor sudah tentu merasa sedih atas kemangkatan baginda. Banyak kenangan pahit-manis telah dikongsi bersama rakyat jelata selama hampir 3 dekad Al-Marhum baginda memerintah negeri. Sesungguhnya pemergian Al-Marhum baginda merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bersama pembaca blog ini kenangan bersama Al-Marhum baginda tatkala perlawanan akhir Piala Malaysia 1985 antara Johor dan Wilayah Persekutuan (KL) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Saya ketika itu bertugas sebagai photo journalist untuk akhbar Harian Nasional dan telah ditugaskan utk membuat liputan perlawanan akhir tersebut.

Perasaan berdebar2, cemas dan tidak keruan bercampur-baur ketika itu. Apakah negeri kelahiran saya mampu mencipta sejarah utk menjadi juara Piala Malaysia buat pertama kali? Atau membiarkana skuad wargakota WP Kuala Lumpur pula yg mencipta sejarah. Perasaan itu terus hilang apabila melihat Al-Marhum baginda bersemayam megah di pentas diraja menyaksikan perlawanan dgn bersahaja sambil sesekali menghirup kopi o tanpa gula kegemaran Al-Marhum.

Bola mata saya tertumpu kpd lensa kamera utk merakamkan aksi2 menarik & mendebarkan perlawanan akhir itu. Sesekali tidak lupa memandang pentas diraja dan itu membuatkan hati saya tenteram serta yakin bahawa Johor akan muncul juara. Memang benar, di akhir perlawanan Johor telah berjaya memenangi Piala Malaysia buat pertama kalinya setelah menewaskan WP KL 2-0.

Khalid Shahdan (kiri) salah seorg pemain Johor yg menjuarai Piala Malaysia 1985.

Melihat dan merakamkan gambar Kamaruddin Ahmad (ketua pasukan Johor) menerima Piala Malaysia dari Al-Marhum baginda yg pd ketika itu adalah KDYMM Yang Di-Pertuan Agong adalah satu saat yg sangat manis & indah sekali. Bangga menjadi rakyat Johor Darul Takzim yg baru shj dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia dan paling indah Piala Malaysia diterima dari Sultan Johor sendiri.

Al-Marhum baginda yg terkenal sebagai seorg sultan yg sangat rapat dgn rakyat & kadang2 tidak menghiraukan protokol telah memeluk & mendakap setiap pemain negeri Johor tanda kasih sayang baginda. Jauh di lubuk hati baginda, saat itu adalah saat2 yg paling membanggakan sebagai pemerintah negeri Johor Darul Takzim apabila Piala Malaysia mampu dibawa pulang ke negeri sendiri oleh wira2 sukan anak watan negeri.

Dlm perjalanan pulang saya terus dibuai kegembiraan hingga tidak dpt melelapkan mata. Saya tidak mahu peristiwa yg baru disaksikan dan dirakamkan hilang oleh tidur dan mimpi2nya. Hingga kini masih jelas dipenglihatan mata, terbayang Al-Marhum sdg berdiri bertepuk tangan di pentas diraja meraikan kejayaan anak2 negeri memenangi Piala Malaysia buat pertama kali. Sesungguhnya kerjaya sebagai seorg wartawan sungguh istimewa sekali. Wartawan bukan shj penyaksi & pencatat sejarah malah kadang-kala juga mencipta sejarah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhum baginda dan ditempatkan di sisi roh para solehin. Aminnn. Al-Fatihah.

Prof: Kesal yg teramat sgt kerana tidak menyimpan gmbr2 pd perlawanan akhir itu. Ianya menjadi hak milik akhbar & kini tidak tahu di mana gambar2 tersebut, apakah telah musnah selari dgn tutupnya akhbar Harian Nasional itu?

Jumaat, 22 Januari 2010

SUKU AKHIR AFRICAN CUP OF NATIONS


Para pemain Mesir meraikan kejayaan mereka memasuki pusingan suku akhir dlm usaha mempertahankan kejuaraan.

24 Jan 2010
Angola lwn Ghana
Ivory Coast lwn Algeria

25 Jan 2010
Mesir lwn Cameroon
Zambia lwn Nigeria

Khamis, 21 Januari 2010

VFA - MESYUARAT AJK TADBIR BIL 2/10

Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) akan mengadakan mesyuarat AJK Tadbir Bil 2/10 tidak berapa lama lagi. Pelbagai perkara dijangka akan dibincangkan di dalam mesyuarat itu nanti yang mana diharap mampu membawa VFA menjadi salah sebuah persatuan sukan dan siasah berwibawa di Negara Brunei Darussalam ini.

TAJUK: Mesyuarat AJK Tadbir Bil 2/10
TARIKH: 30 Januari 2010 (sabtu)
MASA: 8.00 Malam
TEMPAT: Bilik Mesyuarat JPKK, Lambak Kanan

Sabtu, 16 Januari 2010

PENGADIL DAN PERMASALAHANNYA



Saya terpanggil utk memperkatakan permasalahan yg melingkari para pengadil bola sepak di negara ini melalui posting kali ini setelah terbaca dlm akhbar harian tentang sungutan beberapa pengurus/jurulatih kelab berkenaan mutu pengadilan para pengadil yg mengadili Liga B yg sedang berlangsung sekarang ini. Bahkan melalui rungutan & perbualan mereka turut melahirkan pendapat yg sama.

Kenapa perkara ini berlaku? Bagi saya, perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pengadil adalah perkara lumrah dlm bola sepak, waiwa beberapa pengurus terkenal pun kerap mengkritik keputusan pengadil yg tidak memihak kpd kelab2 mereka. Jika mempertikai atau tidak bersetuju bagi perkara2 kecil spt offside, bentesan yg kasar (tackle), penalti, kad kuning atau merah, itu adalah lumrah dlm bola sepak.

Namun apa yg pengadil perlu sentiasa ingat bahawa keputusan yg diambil akan memberi kesan terus kpd nasib sesebuah pasukan, corak permainan & mungkin juga keputusan mereka itu akan menjadi sejarah! Jadi mereka mesti mempunyai pertimbangan yg adil, pantas, tegas & tepat dgn dibantu oleh tiga lagi individu iaitu 2 org penjaga garisan & pegawai keempat (fourth official).

Jika pengadil terlalu berlembut (sering memberi 'advantage') mengakibatkan permainan menjadi tegang atau jika terlalu tegas (kerap meniup wisel kerana kesalahan kecil) akan menjadikan permainan itu membosankan (tidak 'flow') akhirnya penonton menjadi bosan. Oleh itu seseorang pengadil mestilah pandai menyesuaikan keadaan antara mengawal permainan mengikut 'Law of the Game' dan keindahan bola sepak itu sendiri.

Berbalik kpd masalah pengadil dlm bola sepak tempatan. Liga B edisi terbaru bermula tahun lalu dianjurkan oleh FFBD. Apa yg saya lihat kebanyakan pengadil senior dlm Persatuan Pengadil Bolaspak Negara Brunei Darussalam (PPBNBD) teragak2 utk mengalas tugas mengadili perlawanan2 kerana mereka yg bernaung di bawah BAFA (kerana BAFA masih diiktiraf oleh FIFA-sebelum dibatalkan pendaftaran). Maka perlawanan2 Liga B hanya diadili oleh pengadil2 yg bersetuju utk mengadili dlm perlawanan2 anjuran FFBD.

PERLUKAH PERSATUAN PENGADIL?

Bagi saya, dari pengalaman yg pernah dilalui, sukar utk mengkategorikan mana2 pengadil mengikut lesen yg mereka miliki kerana kesemua mereka memperlihatkan mutu yg hampir sama. Apa yg ingin saya sentuh di sini ialah mengenai wujudnya 'persatuan pengadil'. Hanya di Brunei DS wujudnya 'persatuan pengadil' kerana di negara2 lain tidak terdapat persatuan sedemikian - maafkan saya jika terlepas pandang jika ada negara yg mempunyai persatuan pengadilnya sendiri.

Bukan itu sahaja, terdapat juga persatuan pengadil futsal & persatuan pengadil daerah2. Sedangkan pengadil strukturnya bersifat jawatankuasa/committee dlm sesebuah badan induk bola sepak di setiap negara (begitu juga dlm FIFA). Jelas sekali dlm hal ini kita tidak mengikut amalan atau standard antarabangsa. Tidak salah menubuhkan sebuah persatuan kerana ianya sah di sisi undang2 negara akan tetapi tidak selari dgn perkembangan antarabangsa (mungkin mereka ada sebab tersendiri yg tidak diketahui membuatkan para pengadil menubuhkan persatuan waktu itu).

Apa yg diamalkan oleh antarabangsa (dgn meletakkan pengadil sebagai jawatankuasa/committee) adalah dgn hasrat utk mengawal selia agar selari dgn perkembangan bola sepak semasa kerana pengadilan adalah salah satu cabang dlm sukan bola sepak, samalah juga halnya dgn futsal, beach soccer & bola sepak wanita (jgn pula nanti akan ada persatuan futsal, beach soccer & bola sepak wanita).

Untuk menjamin mutu pengadilan, mahu atau tidak, pengadilan mestilah berada di dlm badan induk sebagai jawatankuasa/committee. Jika selesai permasalahan bola sepak negara ini nanti, diharap pihak badan induk (FFBD atau apakah namanya nanti) hendaklah menyelesaikan isu pengadilan ini jika tidak bola sepak kita akan terus jadi celaru.

Sebagai renungan kita semua, sila fahami salah satu fasal yg menyentuh secara terus mengenai pengadil dlm perlembagaan FIFA di bawah ini;

Article 13 - Members' Obligators
1 (e) to create a Referees committee that is directly sub ordinate to the Member.

Pro: Dlm kesempatan lain saya akan menceritakan pengalaman mengenai pengadil di Brunei DS yg pernah sayaa lalui.

Selasa, 12 Januari 2010

TRADISI SONGSANG PERLU DIHAPUSKAN!


'Tradisi Songsang' - gambar ehsan BT

Jika melihat sekali imbas gambar di atas ianya tidak menimbulkan persoalan apa2. Cuma gambar biasa. Tetapi jika kita selidiki secara mendalam dari peristiwa gambar tersebut maka lantas menimbulkan persoalan yg sangat serius. Mungkin pembaca masih belum mengerti pokok persoalannya. Biar saya terangkan satu persatu utk kefahaman kita bersama & utk kebaikan bola sepak kita di masa depan.

Gambar tersebut menunjukkan salah seorg pegawai kelab menerima piala setelah kelabnya memenangi kejuaraan. Soalnya....apakah layak atau memang itu diamalkan oleh peringkat antarabangsa, seorg pegawai yg menerima piala kemenangan? Pernahkah kita melihat pengurus atau pegawai lain yg menerima piala dlm mana2 kejohanan antarabangsa? Piala Dunia, Piala Eropah, Piala Asia, Piala Suzuki, Piala Malaysia, Piala Liga (S League baru2 ini), pernahkah? Jawabnya TIDAK!!!!!

Suka saya mengimbas satu peristiwa yg berlaku di luar negara. Tidak lama dahulu (2007 barangkali), sebuah skuad kebangsaan telah bertanding di kejohanan peringkat Asean & memenangi satu piala. Pihak pengajur telah mengarahkan ketua pasukan utk mengambil piala tersebut & bersedia dgn pakaian yg sesuai. Namun sejurus majlis penyampaian hadiah bermula, pengurus pasukan mengambil keputusan agar beliau yg mengambil hadiah tersebut. Tiba saat yg dinanti2kan pengurus pasukan tersebut telah disekat oleh pihak penganjur utk mengambil piala, hanya ketua pasukan yg dibenarkan maka terpaksalah ketua pasukan yg hanya memakai selipar & t shirt (kerana tidak bersedia) mengambilnya lalu ditegur oleh pihak penganjur. Ianya amat memalukan.

Perkara di atas terjadi kerana kita membawa 'tradisi songsang' itu dari negara kita ke peringkat antarabangsa, akhirnya nama negara yg mendpt malu. Patutkah tradisi ini diteruskan? Jawabnya, TIDAK!!!!

Sejak bermulanya B League saya melihat 'tradisi songsang' ini berterusan hinggalah mutakhir dlm kejohanan minggu lalu. 'Tradisi songsang' ini bukan shj tidak dipraktikkan di peringkat antarabangsa malah ianya akan menimbulkan satu natijah atau kesan psikologi kpd pemain2. Motivasi kpd para pemain2 yg berpenat-lelah di dlm padang sememangnya diberi penghormatan utk menjulang piala kejuaraan seorg demi seorg di atas pentas (bermula dgn ketua pasukan).

Apatah lagi jika kejohanan itu adalah kejohanan utk kanak2. Mereka akan berasa bangga & merasa dihargai apabila menerima piala tersebut. Gambar kenangan itu akan menjadi pembakar semangat kpdnya utk bermain & berlatih lebih gigih utk mencapai kejayaan2 yg lain pula. Malah jika pemain itu bersara kelak, gambar kemenangan itu menjadi ristaan pula kpd anak cucu mereka nanti. Bagi para pegawai & pengurus pasukan, menerima piala kejuaraan bukan 'hak' kamu. Ianya adalah 'hak mutlak' ketua pasukan, itulah 'Tradisi Mutlak' yg diguna pakai dlm sukan bola sepak sejak ratusan tahun lalu.

Puluhan perlawanan akhir baik di Malaysia, Singapura & peringkat antarabangsa telah saya hadiri namun belum pernah saya menyaksikan seorg pengurus pasukan atau pegawai lain menerima piala kemenangan. Kalau adapun mereka menjulangnya setelah bersama pemain2. Apakah rasionalnya sehingga 'tradisi songsang' itu dikekalkan malah dipraktik saya pun tak tahu. Jika kita ingin bertanding di peringkat antarabangsa maka ikutlah cara mereka.

Mungkin ada yg memberi alasan telah menjadi budaya kitani menghormati org tua atau pengurus dlm kontek ini. Tetapi ini adalah bola sepak. Dlm perlawanan akhir hormat & sanjungan adalah kpd pemain2, didahului oleh ketua pasukan mereka paling berhak utk mendpt penghormatan & pengiktirafan. Diharap pihak2 yg terlibat memahami persoalan 'tradisi songsang' ini.

Pihak penganjur terutamanya FFBD hendaklah menghentikan 'tradisi songsang' ini serta-merta. Lihat kpd ketegasan pihak penganjur antarabangsa yg menyekat pengurus pasukan kita utk menerima piala beberapa tahun lalu. FFBD boleh melakukannya demi memperbetulkan 'tradisi songsang' itu kerana ianya tidak sehaluan dgn apa yg dipraktikkan di peringkat antarabangsa.

Prof: Sudah melihatnya bertahun2 baru kini berani & ada ruang utk membuat teguran. Bekas jurulatih import DPMM FC pun beberapa kali menyuarakan kehairanannya kpd 'tradisi songsang' ini. Pikir-pikirkanlah.

TOGO DISINGKIR


Keranda yg membawa mayat salah seorg pegawai skuad kebangsaan Togo yg terbunuh dlm serangan di Cabinda, Angola tiba di ibu negara Togo.

Setelah mengambil keputusan utk pulang ke negara mereka, skuad kebangsaan Togo telah disingkirkan oleh pihak penganjur African Cup of Nations apabila gagal hadir dlm perlawanan pertama Kumpulan B menentang Ghana di Cabinda. Skuad itu terpaksa pulang apabila dua pegawai mereka terbunuh & dua pemain cedera apabila diserang oleh pengganas sebaik sahaja memasuki Angola.

Pd mulanya skuad tersebut ingin kembali ke Angola selepas tempoh bertenang di negara sendiri. Akan tetapi pihak penganjur nampaknya tidak memberi peluang & enggan memahami situasi yg menimpa skuad Togo itu. Peristiwa ini nampaknya mmberi impak mendlm kpd Pusingan Akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan yg dijadualkan berlangsung Jun-Julai akan datang.

Prof: Memahami & bersedih atas apa yg menimpa skuad Togo. Diharap pihak penganjur lebih rasional & berperikemanusiaan.

Ahad, 10 Januari 2010

AKADEMI BOLASEPAK OLEH KELAB SABAH FC

















Kelab Sabah FC, sebuah kelab bola sepak yg baru ditubuhkan tidak menunggu lama utk mengorak langkah menjalankan aktiviti pembangunan. Bermula pd 23-26 Nov. 2009 lalu, Kelab Sabah FC telah menubuhkan akademi bola sepak mereka sendiri & akan berterusan dlm tahun 2010 ini nanti.

Akademi bola sepak tersebut adalah terbuka kpd semua kanak2 di seluruh negeri Sabah yg berumur dari 8 hingga 18 tahun. Sejak mula dijalankan akademi tersebut menjadikan Komplek Sukan Penampang dan Tuaran sebagai tempat latihan. Setakat ini lebih dari 100 org kanak2 telah menyertai akademi yg dikendalikan oleh ketua jurulatih Stanley Chew yg juga bekas jurulatih Sabah serta salah seorg panel kejurulatihan FAM & dibantu oleh Edwin Joniji & Terrence Majanggon.

Selain menjalani latihan setiap minggu, pemain2 berbakat itu nanti akan diberi kesempatan utk menyertai beberapa kejohanan peringkat umur yg dianjurkan oleh pelbagai pihak umpamanya Piala FIGO Borneo 2010 Bawah 12 & 16 Tahun. Memang itulah juga tujuan akademi ini ditubuhkan iaitu mencungkil bakat2 baru & memberi pendedahan secukupnya sebagai pelapis kpd pemain2 senior yg sedia ada.

Presiden Kelab Sabah FC ialah YB Senator Maijol Mahap & dgn tenaga pengendali spt Stanley Chew yg berpengalaman itu, tidak hairanlah jika akademi ini suatu hari nanti akan mampu mencungkil pemain2 handalan dari Sabah spt bintang2 veteran mereka; Hassan Sani, James Wong, Peter Rajah, Razali Zinin, Matlan Marjan dan ramai lagi.

Kiriman Rainold J Mokujin

Sabtu, 9 Januari 2010

AFRICA CUP OF NATIONS - BUS TOGO DISERANG



Kodjovi Obilale (penjaga gol) & Serge Akakpo (depan, tgh) dua org pemain Togo yg cedera parah dlm serangan itu.

Pemandu Terbunuh, Pemain & Pegawai Cedera Parah


Belum pun bermula Kejohanan Negara2 Afrika/Africa Cup of Nations (CAF) yg dijadualkan bermula esok (10 Jan 2010) di Angola, telah dikejutkan oleh satu kejadian serang hendap terhadap bas yg membawa rombongan pasukan kebangsaan Togo. Akibatnya, pemandu bas tersebut terbunuh, dua org pemain cedera parah & beberapa pegawai lain turut terkena tembakan peluru.

Kejadian menyedihkan kpd senario bola sepak di awal 2010 itu berlaku sebaik sahaja rombongan melepasi sempadan Angola dan Republik Demokratik Kongo (DRC). Sebahagian pemain yg terselamat mengatakan bahawa keadaan menjadi kelam-kabut, darah menyimbahi di mana2, suara mengerang kesakitan kedengaran & suasana sekeliling hingar-bingar. Pemain2 terpaksa tunduk atau meniarap di bawah tempat duduk bas tersebut utk menyelamatkan diri mereka.

Liberation of the Enclave Cabinda (FLEC) sebuah pertubuhan setempat di Cabinda yg menjadi tuan rumah utk perlawanan2 Kumpulan B telah mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ganas itu. Pasukan kebangsaan Togo telah menimbang utk mengambil keputusan menarik diri dari kejohanan itu, semantara pihak CAF mengatakan bahawa kejohanan akan diteruskan disamping tahap keselamatan terutama pemain2 akan dipertingkatkan. Presiden FIFA, Sepp Blatter, turut bimbang dgn situasi yg menimpa pasukan Togo itu & menyeru pihak CAF utk mengambil langkah2 segera bagi membendung dari berulang.

Selain Togo dlm Kumpulan B itu, pasukan2 lain ialah Ivory Coast, Ghana & Burkina Faso. Emmanuel Adebayor (Manchester City) & Moustapha Salifou (Aston Villa) adalah antara dua bintang Togo yg terselamat dlm serangan berdarah itu. Manakala dua rakan mereka yg cedera parah ialah Kadjovi Obilale (penjaga gol) dan Serge Akakpo (pertahanan). Obilale telah terkena tembakan di bhg buah pinggangnya dan Akakpo pula diberitakan peluru telah menembusi bhg belakangnya. Bagaimanapun kedua2 pemain tersebut dlm keadaan stabil. Pegawai yg cedera pula ialah jurulatih penjaga gol & doktor pasukan.

Memang kejadian ini adalah tragedi kpd sukan bola sepak & kita berharap dan berdoa agar kejohanan itu akan terus berjalan dgn selamat & jayanya.

Prof: Terkenang tragedi Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Selasa, 5 Januari 2010

MESYUARAT AJK VFA

Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) akan mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa yg pertama dgn tujuan utk membuat langkah pendahuluan dlm usaha menjalankan2 aktiviti VFA utk tahun 2010 ini dan seterusnya. Dijangka semua AJK Tadbir 2009/2012 akan menghadiri mesyuarat tersebut. Butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut adalah spt berikut;

Tajuk: Mesyuarat Ahli jawatankuasa Tadbir VFA 1/2010

Tarikh: 9hb Januari 2010/Sabtu

Masa: 7.00 malam

Tempat: Pejabat, Jabatan Kokurikulum, Jln 10, Perpindahan Lambak Kanan, Berakas, Bandar Seri Begawan

Jumaat, 1 Januari 2010

INILAH SAHAJA PENCAPAIAN TERBAIK BOLA SEPAK BRUNEI DS UTK 2009


DPMM FC - JUARA PIALA LIGA 2009 (S LEAGUE)


BRUNEI VETERAN - JUARA BORNEO FOOTBALL CUP 2009

Rasanya inilah sahaja pencapaian terbaik yg mampu digapai oleh skuad bola sepak yg mewakili Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2009 lalu. Puas saya mencari2 berita yg tersiar dlm semua akhbar tempatan, blog2 sukan antarabangsa & majalah sukan luar negeri, namun tidak berjumpa berita yg menceritakan kejayaan skuad bola sepak negara. Hanya dua kejuaraan di atas yg terdapat dlm himpunan berita utk tahun 2009.

Untuk kejohanan2 peringkat sekolah (baik Asean mahupun Asia) skuad negara masih gagal mengecapi apa2 kejuaraan. Temasya Sukan Sea di Laos, skuad negara tidak mengambil bahagian & begitu juga dgn Sukan Borneo yg berlangsung di Bandar Seri Begawan, acara bola sepak tidak dipertandingkan, termasuk juga acara futsal.

Tahun 2010 ini Kejohanan Bolasepak Negara2 Asean atau dikenali sebagai Suzuki Cup akan berlangsung di Vietnam dlm bulan Disember nanti. Spt kebiasaan skuad negara akan bermain dlm pusingan kelayakan bersama2 Filipina, Laos & Timor Leste utk mencari dua pasukan teratas yg akan layak ke pusingan akhir itu nanti. Dalam tiga percubaan sebelum ini skuad negara gagal layak (dua kali diwakili oleh QAF FC & sekali oleh DPMM FC). Jika keahlian negara dlm FIFA diterima kembali maka ada harapan utk bermain dlm pusingan kelayakan tersebut, jika tidak mengigit jarilah jawabnya.

Pun begitu, perkembangan sukan bola sepak di negara ini berjalan seperti biasa. Sukan futsal makin mencuri tumpuan terutama golongan remaja. Boleh dikatakan bahawa setiap bulan ada sahaja pihak2 yg menganjurkan kejohanan futsal dan ianya mendapat sambutan hangat, purata 50 pasukan akan turut serta dlm setiap kejohanan.

Futsal mendpt tempat di kalangan peminat kerana beberapa sebab, pertama; futsal hanya memerlukan 5 org pemain utk membentuk sebuah pasukan, kedua; tidak mengira saiz badan atau tahap skil serta kecergasan tertinggi utk bermain futsal (jika bermain secara suka2), tidak seperti bola sepak 11 sepasukan yg memerlukan seseorg pemain mencapai tahap skil & kecergasan tertentu utk mewakili sesebuah kelab, ketiga; terdpt banyak gelanggang futsal di seluruh negara dan keempat; tidak memerlukan kos perbelanjaan yg tinggi.

Makanya, badan induk baru (apapun jua namanya nanti) yg bakal menerajui kepimpinan bola sepak negara nanti hendaklah mengambil perhatian serius terhadap futsal ini, sama dgn perhatian yg diberikan kpd bola sepak 11 sepasukan. Jika ditanai & digilap dgn cermat dan bersungguh2 tidak mustahil futsal mampu memberikan kejuaraan pertama bagi Brunei DS dlm kejohanan2 atau temasya sukan antarabangsa.

Dua lagi cabang sukan bola sepak yg masih belum diterokai secara meluas oleh para peminat bola sepak di negara ini ialah street soccer dan beach soccer. Mungkin jika dilakukan promosi & disediakan kemudahan gelanggang spt futsal, saya percaya street soccer & beach soccer akan turut mencuri tumpuan golongan remaja.

Prof: Sesekali turut bermain futsal bersama rakan2 veteran. VFA insya-Allah akan turut menganjurkan kejohanan futsal (veteran & terbuka) pd masa akan datang.